in

Jangka Hayat Penduduk Malaysia Dijangka Meningkat Dari 69.3 Ke 75.6 Tahun Menjelang 2030!

Jangka Hayat Penduduk Malaysia 2021

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, Jangka hayat semasa lahir penduduk Malaysia pada 2021 dijangka meningkat kepada 75.6 tahun atau kira-kira 12 tahun lebih tua berbanding lima dekad lalu iaitu pada 1970 yang mencatatkan 63.6  tahun.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan baru-baru ini sempena Hari Penduduk Sedunia 2022 yang disambut setiap 11 Julai.


Tambahnya lagi, peningkatan jangka hayat secara berterusan tersebut menunjukkan negara ini akan mengalami atau mempunyai penduduk semakin tua menjelang tahun 2030 di mana peratusan penduduk berusia 60 tahun ke atas akan mencecah 15.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Ipt1Bx9S6C

“Oleh itu, mesti ada perancangan kewangan dan penjagaan kesihatan untuk atasi masalah-masalah selepas persaraan”

Namun begitu, populasi Malaysia mengalami pertumbuhan yang perlahan berbanding tahun 2020, situasi yang hampir sama seluruh dunia iaitu sebanyak 1.7 peratus berbanding pada tahun 1970 iaitu sebanyak 3.6 peratus.

Beliau menambah, perkara tersebut bersangkutan dengan empat faktor utama iaitu kadar kesuburan, jangka hayat, struktur umur (taburan antara orang muda dan tua) dan juga penghijrahan.

Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) wanita dalam usia reproduktif Malaysia menurun kepada 1.7 bayi pada tahun 2020 berbanding 4.9 bayi pada 1970. Secara tak langsung, ini merupakan kadar TFR terendah dalam tempoh lima dekad.

Mohd Uzir Mahidin

Dari segi agihan umur pula, peratusan kanak-kanak dibawah umur 15 tahun menunjukkan trend menurun daripada 44.9 peratus kepada 24 peratus sahaja.

Tambah Uzir lagi, kanak-kanak di bawah 15 tahun membentuk satu per empat orang di Malaysia dan ini diunjurkan menurun lagi kepada sekitar 1 dalam 5 orang selepas tahun 2030.

Trend penurunan usia muda dan peningkatan usia tua yang jelas ketara ini secara tak langsung bakal menjejaskan jumlah dan tanggungan untuk usia bekerja pada masa akan datang.

“Peratusan penduduk umur bekerja (15 hingga 64 tahun) meningkat kepada 69.3 peratus berbanding 52.1 peratus dan ini diunjurkan akan menurun secara perlahan kepada 66.9 peratus daripada jumlah penduduk menjelang 2040”, tambahnya lagi.

Workers Office Pekerja Pejabat Reuters 100819 2

Difahamkan, menjelang 2040 nanti, populasi penduduk di Malaysia akan meningkat kepada 41.5 juta dan hal ini secara tak langsung bakal menjejaskan keselamatan makanan kerana pertumbuhan populasi ini akan turut merangsang pengeluaran makanan serta perubahan diet.

Selain itu, terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani berikutan peningkatan ini. Antaranya adalah keselamatan makanan, tanah pertanian yang semakin terhad dan juga perubahan iklim.

Untuk rekod, penduduk Malaysia berjumlah 32.4 orang pada 2020 dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai kepadatan penduduk tertinggi dengan 8,157 dan 2,215 orang untuk setiap kilometer per segi.

Baca : Jumlah Kenderaan Atasi Populasi Penduduk Di Malaysia, Patutlah Trafik Makin Sesak!

Jalan Sesak

Sumber: medcom
Sumber: MCI
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.