Pejam celik-pejam celik, kita sudah pun memasuki bulan mulia iaitu bulan Ramadan pada hari ini. Mesti ramai yang tak sabar nak ke bazar petang nanti untuk membeli juadah dan kuih-muih untuk berbuka puasa nanti.
Namun, sebelum membeli makanan atau minuman, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengingatkan orang ramai untuk mengamalkan kaedah ‘Perhati dan Pilih’ semasa di bazar dengan memilih gerai yang bersih dan pengendali atau peniaga makanan yang mengamalkan amalan pengedalian makanan yang baik untuk mengelakkan insiden keracunan makanan.
Selain itu, pihak KKM juga menegaskan bahawa mana-mana peniaga makanan termasuklah yang berniaga di bazar Ramadan untuk tidak menggunakan peralatan yang tidak sepatutnya untuk menyediakan atau menyimpan makanan.

Contohnya, jangan guna akuarium untuk mengganti bekas air balang. Selain itu, jangan juga guna tong sampah hitam untuk simpan bahan mentah makanan jualan kerana ia boleh menyebabkan pencemaran makanan sekali gus meningkatkan risiko kesihatan kepada pengguna.
Ini kerana, beberapa tahun lalu, pernah tular di media sosial apabila ada peniaga air balang yang menggunakan akuarium untuk menggantikan bekas air balang ketika berniaga.
Artikel Berkaitan: “Berkemungkinan ada bahan kimia” – KKM Larang Penggunaan Akuarium Untuk Jual Air Minuman
Viral Teh Tarik Akuarium, Netizen Dakwa Nampak Menarik Tapi Sebenarnya Bahaya?
KKM telah mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mengingatkan orang ramai tentang keselamatan makanan sempena bulan Ramadan menerusi Facebook rasmi mereka semalam.
Dalam masa yang sama, peniaga makanan atau minuman juga diingatkan untuk tidak memakai barang kemas, jam tangan dan sebagainya ketika mengendalikan makanan dan jangan jual baki makanan yang tidak terjual pada keesokan harinya.