in

“Jaga-jaga bang..” – [VIDEO] Tragedi Tangmo Buat Lelaki Risau Isteri Tiba-tiba Ajak Kayak

Untitled design 2022 03 29T125134.530

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal tahun ini, dunia digemparkan dengan kematian misteri pelakon wanita Thailand, Tangmo Nida yang menjadi bualan netizen sehingga ke hari ini.

Tragedi tersebut mendatangkan pelbagai spekulasi, ada yang merasakan ia kes pembunuhan ada juga yang beranggapan ia hanyalah sekadar kemalangan.


Disebabkan insiden itu, ramai yang seakan trauma dan mempunyai ketakutan untuk mempercayai orang sekeliling walaupun orang itu rapat dengan kita.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini, mimik muka lelaki ini seakan risau apabila isterinya tiba-tiba mengajaknya melakukan aktiviti kayak.

@aieisma_michalski

tak sekarang ni kenapa baru sekarang nak ajak kayak..sebelum ni xde pon

♬ เสียงต้นฉบับ – _F_ – _F_

“Tak sekarang ni kenapa baru sekarang nak ajak kayak..sebelum ni xde pon”

Video yang dimuat naik oleh @aieisma_michalski di TikTok ini menunjukkan sepasang suami isteri ini sedang berkayak di Tasik Putrajaya, apa yang mengundang tawa netizen adalah lelaki tersebut melakukan mimik muka seperti ketakutan malah mukanya juga berpeluh-peluh.

Kapsyen video tersebut juga mencuit hati netizen, lelaki tersebut mengatakan sebelum ini isterinya itu tidak pernah mengajaknya berkayak tiba-tiba sahaja hari itu dia ingin berkayak.

“Cuba ingat kesalahan lampau, kot ada yang belum mintak maaf ke”

Video pendek itu menarik perhatian ramai netizen, ramai juga yang terhibur dengan lawak tersebut. Ruangan komen pula dibanjiri dengan tips-tips menyelamatkan diri jika ada apa-apa yang berlaku.

Lebih menghiburkan, video tersebut menggunakan muzik yang biasanya digunakan dalam video-video siasatan aktres Thailand itu dalam media sosial TikTok

tangmo

Aduh, berdekah bang!

Baca: “Bini orang jangan buat main” – [VIDEO] Niat Nak Tolong, Suami ‘Standby’ Pegang Batu Dekat Belakang

Untitled design 2022 03 29T124753.853

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.