in

Jadi Bualan Hangat Kekok Siang Ikan, Pengacara WHI Tak Melatah Dengan Kecaman Netizen

pengacara whi siang ikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari ini, heboh mengenai klip video yang menunjukkan seorang pengacara Wanita Hari Ini (WHI) kekok menyiang seekor ikan dalam satu cabaran program rancangan TV tersebut.

Klip video itu mendapat pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang memperlekehkan kaum wanita dan membandingkan pula golongan lelaki lebih ‘handal’ menyiang ikan.


Susulan kejadian itu, pengacara WHI, Sugeeta Chandran tampil mengulas lanjut video yang tular di media sosial pada ketika ini.

Artikel berkaitan: “Tak berasap dapur” – Pengacara WHI Dikritik Tak Pandai Siang Ikan, Tapi Ada Yang ‘Back Up’ Sebab…

“Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja,” katanya.

Menurut Sugeeta, ketika siaran langsung itu, dia dan rakan pengacara, Syira dikehendaki melakukan cabaran dalam satu segmen tanpa diberitahu lebih awal oleh penerbit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SUGEETA CHANDRAN (@sugeetachandran)

“Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan.

“Tapi sebagai pengacara kita lakukan saja cabaran diberi dan tak sangka pula (video) akan tular kerana biasalah, bila siaran langsung ada yang menjadi, kadang tak reti buat,” jelasnya.

Tambah Sugeeta, dia dan Syira tidak melatah dengan kecaman netizen kerana enggan memperbesarkan lagi hal itu.

Namun, Sugeeta memaklumkan bahawa dia kurang senang dengan komen yang mengaitkan wanita dengan menyiang ikan kerana itu bukanlah penentu wanita hebat.

Bagi Syira pula, dia tidak terguris hati dengan kritikan yang dilemparkan netizen dan mengambilnya daripada sudut postif.

“Sejujurnya saya beli ikan siap siang di pasar jadi benda itu biasa dan tak sangka sampai satu Malaysia ‘bergaduh’ disebabkan itu,” ujarnya.

Ada perkara yang mudah, kita ambil peluang untuk gunakannya. Betul tak?

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.