in

“Itu urusan keluarga” – Syamsul Yusof Bagi Respon Tentang Doa Dan Harapan Bapa

ft syamsul yusof respon isu cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof menegaskan bahawa dia akan selesaikan isu dengan ibu dan bapanya bersama anggota keluarga.

Ia susulan dengan pertanyaan media yang meminta dirinya untuk mengulas tentang doa dan harapan yang bapanya, Datuk Yusof Haslam agar urusan Syamsul dipermudahkan.


Artikel berkaitan : Syamsul & Ira Kazar Sah Cerai Talak 1, Wujud Perlanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali

Artikel berkaitan : Kes Perceraian Syamsul Yusof: Ira Kazar Failkan Pengesahan Lafaz Taklik, Ada Kaitan Dengan Posting Media Sosial

“Itu urusan keluarga dan urusan keluarga selesaikan di antara keluarga. Seperti saya cakap, apa sahaja isu peribadi, saya pilih untuk tidak berkongsi dengan media.”

“Kalau kita ada isu keluarga, kita tak perlu babitkan jiran kita, betul tak? Sebab benda itu boleh mengeruhkan keadaan. Itu sahaja yang saya mampu cakap.”

Sebelum ini, penerbit Yusof Haslam ada memberikan ucapan dan doa agar Syamsul kuat semangat bagi menghadapi dugaan dalam rumah tangga.

“Saya doakan Syamsul kuatkan semangat dia untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.”

Dalam pada itu, pelakon Puteri Sarah Liyana yang juga merupakan bekas isteri kepada Syamsul Yusof enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu perceraian itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Ini adalah takdir yang sudah tertulis buat mereka. Saya dan Syamsul sudah tiada apa-apa ikatan hanya berurusan hal anak-anak saja. Apa yang berlaku hari ini, saya tak nak komen apa-apa. Saya enggan menambah penderitaan sesiapa.”

Dalam pada itu, Puteri Sarah menegaskan bahawa dia lebih fokuskan kepada anak-anak, kenyataan itu diberi apabila ada pihak bertanyakan sama ada dia akan membuka hati untuk menerima bekas suaminya itu.

“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah. Saya nak cari duit untuk anak-anak. Saya nak besarkan mereka sebaik mungkin.”

Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali dibuat Syamsul terhadap Ira Kazar sejak 14 Ogos lalu.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habis mengesahkan perkara itu selepas meneliti semua dokumen difailkan Ira pada 21 Ogos lalu.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Bagaimanapun pasangan ini berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.