in

Isu Status FB Tangmo, Ibu Dedah Ada Beri Handphone Mendiang Ke Lelaki Di US?

ft ibu tangmo bang jack

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, misteri mengenai Facebook mendiang pelakon Tangmo Nida telah membuatkan ramai yang rasa gerun dan sekaligus membuatkan netizen tertanya-tanya siapakah dalang disebalik akaun tersebut.

Dalam akaun itu dilihat ia seolah-olah mahu menyampaikan sesuatu petunjuk mengenai kes kematian pelakon jelita Thailand itu dengan memberikan mesej mendakwa seolah-olah dirinya adalah Tangmo di status.


 

Diperdaya Bang Jack?

Oleh sebab itu, ada satu perkongsian baharu yang mendedahkan bahawa ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin dikatakan dalang disebalik wujudnya misteri ini.

Screenshot 2022 05 26 165138

Sumber daripada satu video di Tiktok menyatakan bahawa ibunya itu ada memberikan telefon bimbit milik Tangmo kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Bang Jack, dia dikatakan seorang lelaki Arab yang menetap di US dengan bertujuan untuk ‘dapatkan bukti’ samada Tangmo dibunuh atau tidak.

bang jack

Kisahnya bermula pada 25 Mei 2022 (semalam) penguam kepada ibu Tangmo Decha Kittiwittayanan yang mendedahkannya menerusi satu sidang media apabila ditanya mengenai misteri ini.

“Ia disahkan daripada mak Tangmo, sekarang telefon ada pada Bang Jack. Dia hantar ke Amerika Syarikat, Bang Jack menghubungi ibunya dan kerap bercakap sehingga mereka rapat dan Bang Jack memberitahu mak Tangmo yang ada bukti penting dalam telefon itu dan ia menyebabkan dia percaya bahawa kes itu adalah satu pembunuhan.”

Decha Kittiwittayanan 1

Tambahnya, selepas ibu Tangmo menerima telefon bimbit daripada pihak polis. Ibunya itu ada hubungi Apple Thailand untuk mendapatkan semua ‘backup file’ tapi gagal.

@najiyahrazak_so1

Anybody else speechless? ? Just imagine, a stranger invade her privacy and able to access all her data and more than 1 million images? Omg ? #tangmonida #แตงโมนิดา #tangmo #แตงโม #justicefortangmo #justicefortangmonida #แตงโมต้องได้รับความยุติธรรม

♬ เสียงต้นฉบับ – _F_ – _F_

Oleh sebab itu, dia yakin yang Bang Jack boleh lakukannya untuk mendapatkan sebarang petunjuk samada ia adalah kes pembunuhan.

Dalam telefon bimbit itu mempunyai lebih 1 juta gambar namun tiada bukti yang boleh membuktikan itu kes pembunuhan.

Ketika disoal mengapa Bang Jack ambil telefon Tangmo, peguam Decha menjelaskan bahawa ibunya telah diperdaya kononnya dapat bantu.

Ditanya sama ada akan menfailkan saman terhadap Bang Jack, Decha mengatakan Panida memerlukan tempoh 2 hari untuk berfikir dan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Baca : “On my way home soon” – Tiba-tiba Buat Live FB, Netizen Terkejut Tengok Tangmo ‘Masih Hidup’?

ft tangmo buat live fb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.