in

“Ini bukan malam gala” – Ellie Suriaty Dedah Punca Azri Iskandar Tak Jadi Kahwin, Jemputan Hanya 150

Ft Ellie Suriaty Omar Respon Azri Putus Cinta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar tidak pernah rasa cemburu apabila bekas suaminya, Azri Iskandar memutuskan mahu menamatkan zaman dudanya sebelum ini.


Sebaliknya dia membantu aktor itu menguruskan majlis pernikahan Azri yang sepatutnya berlangsung dengan usahawan yang dikenali sebagai Datuk Noora Kay. Pun begitu, bekas suaminya itu kelihatan begitu tenang selepas memberitahu kepadanya yang mereka tak jadi berkahwin.

Artikel berkaitan : “Cantik luar dalam” – Ellie Suriaty Kongsi Pertemuan Dengan Kekasih Bekas Suami

Artikel berkaitan : “Itu bentuk pengkhianatan yang zalim” – Kakak Ruhainies Nak Saman Penyebar Fitnah, Ini Respon Ellie Suriaty

“Kenapa saya perlu cemburu dengan mereka? Jika cemburu saya tidak bantu menguruskan perkahwinan mereka. Saya juga terkejut apabila dia (Noora) suruh saya tunggu di dewan untuk menyambut tetamu ketika majlis pernikahan.”

“Saya melihat dia (Azri) hanya bertenang. Saya boleh katakan dia sudah menerima keadaan ini dan tidak terlalu mengejar untuk berkahwin.”

Screenshot 2024 06 13 120802

Dalam pada itu, Ellie turut mendedahkan yang dia tidak bersetuju dengan beberapa perkara ketika perbincangan perkahwinan mereka yang dianggap berat sebelah. Kata Ellie, Noora juga tidak memahami kerja Azri sebagai seorag anak seni yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama.

“Kami minta tangguh majlis sebab Azri sedang menjalani penggambaran. Mungkin kesibukan Azri menyebabkan Noora ambil keputusan putuskan hubungan mereka.

“Perbincangan kedua-dua belah pihak telah diadakan, namun bagi saya ia lebih kepada kena dengar cakap dia. Banyak perbincangan lebih ke arah Noora. Kami tidak setuju dengan jemputan hanya 150 orang.”

Screenshot 2024 06 13 120916

“Ini bukan malam gala tayangan filem. Saya ini seorang pemain industri kreatif, kita mencipta drama namun dalam kehidupan sebenar saya tidak suka drama.”

Dalam pada itu, Ellie menyatakan bahawa dia dan Azri masih mengekalkan hubungan baik meskipun hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.