in

Ini 7 Selebriti Yang Pernah Dilaporkan Hilang, Ada Yang Tak Pernah Ditemui!

collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang selebriti yang terkenal di serata dunia ni memang susah nak dapat ketenangan. Mana tidaknya, mana-mana dorang pergi mesti akan ada paparazzi atau peminat yang mengenali mereka. Namun begitu, ramai selebriti terkenal yang pernah hilang secara misteri sehingga perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Ada beberapa kes, kehilangan mereka ini hanyalah disebabkan oleh salah faham tapi ada juga yang hilang tanpa kesan dan tak pernah ditemui lagi sehingga sekarang. Kebanyakan selebriti ini mempunyai isu dengan dadah, penyakit mental dan faktor lain yang biasa dikaitkan dengan kes orang hilang. Nak tahu siapa, jom baca dekat bawah!


Julian Sands

JUlian Sands.jpg

Pelakon British Julian Sands hilang ketika pergi mendaki Gunung Baldy yang terletak di kawasan California Selatan pada 13 Januari 2023. Pelakon ini merupakan pendaki berpengalaman namun situasi pada ketika itu bahaya ekoran musim sejuk dan kawasan gunung yang berais.

Pencarian besar-besaran dikawasan tersebut telah dibuat sebagai satu usaha untuk mencari Julian walaupun pihak penyelamat ketika itu berdepan risiko runtuhan salji. Malangnya, selepas beberapa minggu pencarian dibuat, pelakon ini masih tak dapat dikesan.

Abangnya, Nick Sands memberitahu media pada 26 Januari bahawa dia dapat merasakan adiknya itu dah pun meninggal dunia. Usaha pencarian ini telah diteruskan selama berbulan-bulan namun begitu beberapa kawasan di gunung ini sukar untuk diakses ekoran salji dan ais.

Beberapa bulan kemudian pada 24 Jun, pendaki menemui rangka manusia di kawasan hutan Gunung Baldy. Beberapa hari kemudian, pihak berkuasa mengesahkan mayat tersebut merupakan Julian Sands namun punca kematian masih dalam siasatan.

Pelakon ini berusia 65 tahun ketika kematiannya dan telah meninggalkan seorang isteri, Evgenia Civkowitz dan tiga anak.

2. Drake Bell

Pada 13 April 2023, Polis Pantai Daytona telah mengumumkan kehilangan pelakon Drake Bell yang dianggap sebagai “hilang dan dalam bahaya” melalui Facebook. Laporan polis menunjukkan pelakon ini dilihat kali terakhir memandu keretanya di kawasan tersebut pada petang 12 April sebelum jam 9 malam dan tak dapat dihubungi selepas itu.

Bagaimanapun, tengahari hari yang sama pengumuman ini dibuat, pelakon ini telah berjaya ditemui dan disahkan selamat. Drake Bell kemudiannya menerangkan di media sosial bahawa dia telah tinggalkan telefonnya di dalam kereta ketika perkara ini berlaku.

Inisiden ini terjadi pada masa yang sama isterinya, Janet Von Schmeling memfailkan penceraian dan dilaporkan abang Drake merasakan yang pelakon ini sedang berada di dalam krisis dan risau dengan kesihatan mentalnya selepas tak dapat dihubungi.

3. Ozzy Osbourne

GettyImages 1422836454.jpg

Ketika di puncak kegemilangan, penyanyi utama kumpulan Black Sabbath ini memang terkenal dengan sikap liar dan tak boleh dijangka. Penggunaan alkohol dan dadah yang berlebihan telah menjadi punca banyak cerita yang mengejutkan dan dia pernah dilaporkan hilang beberapa kali.

Salah satunya adalah ketika konsert jelajah pertamanya dengan Black Sabbath apabila penyanyi ini tak check in ke biliknya di sebuah hotel di Atlanta dan tak dapat ditemui sehingga persembahan mereka terpaksa dibatalkan.

Pihak polis dan stesen radio tempatan telah diberitahu mengenai kehilangan Ozzy Osbourne dan pasukan pencarian telah ditubuhkan untuk mengesannya.

Tiba-tiba keesokan harinya, Ozzy tiba-tiba muncul seperti tak ada apa yang berlaku dan dia sebenarnya telah mabuk hingga tak sedarkan diri di dalam bilik yang salah di hotel tersebut di mana dia telah tidur sepanjang kekecohan tersebut berlaku. Buat hal betul!

Ozzy kini telah pun bebeas dari dadah dan alkohol selama bertahun-tahun namun pada 2016 dia sekali lagi dilaporkan hilang. Ia berlaku apabila Sharon Osbourne, isterinya selama 40 tahun telah menemui yang lelaki ini telah menjalinkan hubungan sulit dengan pendandan rambutnya sehingga dia dihalau keluar.

Anak-anak Ozzy mula bimbang apabila bapa mereka tak dapat dihubungi dan risau sekiranya penyanyi ini telah kembali ke perangai lamanya. Namun begitu, dia berjaya ditemui tak sampai 24 jam kemudian dan mengatakan bahawa dia tidak menyentuh dadah atau alkohol ketika menghilangkan diri.

4. Nick Stahl

MV5BMTI1OTAyMTU4NF5BMl5BanBnXkFtZTcwMjg2NDI2MQ@@. V1

Pelakon Nick Stahl yang dikenali dengan lakonannya dalam Sin City dan Terminator 3 telah dilaporkan hilang oleh isterinya pada 2012. Rose Stahl memberitahu polis bahawa dia tak dapat hubungi dan tak dengar berita dari suaminya ini dah lebih seminggu dan bimbang sekiranya lelaki ini telah menggunakan dadah dengan banyak.

Nick kemudiannya telah membuat pengesahan melalui emel kepada rakan-rakannya mengatakan yang dia sedang berada di pusat pemulihan selama sebulan. Pun begitu, isterinya tidak menerima emel tersebut dan kemudiannya mengutarakan kebimbangannya tentang keberadaan suaminya.

Nick telah hilang dari radar selama beberapa tahun sebelum mula berlakon semula pada tahun 2019.

5. Richey Edwards

ba38f740 44e0 11ea aff3 5b102eabb5c6

Richey Edwads merupakan seorang pemain gitar popular untuk kumpulan rock Welsh, Manic Street Preachers. Dia dikenali dengan liriknya yang sangat depressing dan sering menunjukkan sikap yang ekstrem.

Salah satunya, dia pernah disoal oleh wartawan tentang komitmennya untuk punk rock dan sebagai respon, lelaki ini telah mengambil pisau cukur dan mengukir tangannya dengan perkataan ‘4 real’.

Apabila Richey hilang pada 1995, ramai yang mengatakan bahawa dia telah membunuh diri. Keretanya telah ditemui di Severn Bridge, Bristol namun mayatnya tak pernah ditemui. Kes kehilangannya ini telah disiasat selama 13 tahun sebelum dia diisytiharkan meninggal dunia.

6. Jean Spangler

c6abc2d622dcfe271d79d40b874e69c1

Jean Spangler merupakan pelakon yang mula meningkat naik sebelum dia dilaporkan hilang di usia 26 tahun. Pada malam Oktober 1949, dia telah memberitahu kakak iparnya bahawa dia ingin keluar untuk bertemu dengan bekas suaminya sebelum pergi penggambaran filem yang dibuat pada lewat malam. Namun begitu dia tak dapat dikesan lagi selepas itu.

Ketika dia dilaporkan hilang, terdapat beberapa teori mengatakan bahawa Jean Spangler telah menghilangkan diri atas kemahuannya sendiri. Namun begitu, dua hari kemudian beg tangannya telah ditemui dengan tali terputus di sebuah taman. Di dalamnya terdapat satu nota yang tak ditulis habis untuk seseorang bernama Kirk. Nota tersebut berbunyi:

Dah tak boleh tunggu dah. Nak pergi jumpa Dr. Scott. Benda ni kena buat sementara ibu tak ada.”

Namun begitu, Kirk tersebut tak pernah diketahui siapa dan Jean tak dapat dikesan sehingga hari ini. Salah seorang rakannya memberitahu yang Jean ketika itu cuba untuk menggugurkan anaknya secara haram.

7. Agatha Christie

gettyimages 517399194

Penulis novel pembunuhan misteri terkenal, Agatha Christie telah hilang dari rumahnya di Berkshire, England pada 3 Disember 1926. Dia telah berlalu pergi membawa keretanya selepas mencium anak perempuannya berusia tujuh tahun dan tak pulang ke rumah.

Pihak polis telah melancarkan siasatan ke atas kehilangannya dan melibatkan ribuan pihak berkuasa. Keretanya kemudian telah ditemui namun tak ada petunjuk tentang keberadaannya.

Sebelas hari kemudian, Agatha telah muncul di sebuah hotel di Harrogate dan tak ingat tentang apa yang berlaku ke atasnya. Agatha telah check in ke dalam hotel tersebut menggunakan nama Theresa Neele, iaitu nama perempuan simpanan suaminya.

Agatha tak pernah bercakap mengenai kehilangannya itu dan apa yang berlaku masih menjadi misteri sehingga sekarang. Pun begitu, salah seorang penulis biografinya membuat spekulasi bahawa Agatha ketika itu berada dalam keadaan hilang ingatan ekoran depresi.

Penulis ini telah pun menceraikan suaminya itu dua tahun kemudian.

Sumber: Stars Insider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.