in

“Ingat manusia je pilih kawan” – [VIDEO] Dilahirkan Tanpa Bulu, Ayam Jantan Ini Disisih Ayam Lain

ayam no bulu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kehidupan, kita biasanya mencari kawan yang ‘sekepala’ dengan kita, tidak kira latar belakang ataupun rupa, betul tak?

Pun begitu, terdapat juga individu yang selesa berkawan dengan mereka yang ada pangkat dan nama atau kekayaan yang banyak, itulah yang dikatakan sebagai ‘pilih bulu’.


Siapa sangka, perkara ini bukan sahaja berlaku di dalam kalangan manusia tetapi ia juga berlaku dalam kalangan haiwan-haiwan.

Itulah yang terjadi kepada seekor ayam jantan di Pemalang, Indonesia apabila dia tiada kawan malah disisihkan hanya kerana rupa fizikalnya yang agak berbeza daripada ayam lain.

https://www.tiktok.com/@beritartm/video/7124888449420758273?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370

Dalam TikTok Berita RTM, difahamkan ayam yang berusia 7 bulan itu mempunyai kondisi di mana ia tidak mempunyai bulu pelepah di badannya sejak menetas seperti ayam yang lain, dikatakan ayam-ayam lain di situ tidak mahu mendekatinya kerana rupanya itu.

“Walaupun hidup seperti biasa tetapi haiwan ini tidak bergaul dengan ayam lain kerana dia sering dipatuk dan diserang” lapor video itu. 

First time rasa kesian dekat ayam”

Video pendek itu sudah pastinya menarik perhatian ramai netizen, rata-rata berasa kasihan terhadap ayam yang malang itu malah ramai juga yang tidak menyangka bahawa ayam pun boleh ‘palau’ ayam lain.

aymbkr

Tiber rasa kesian pulak…Semoga tabah yam…

Baca: “Murah rezeki abang” –  [VIDEO] Lelaki Beri Anjing Jalanan Makan Pizza & Ayam Goreng Buat Netizen Terharu

Bagi Makan Anjing Terbiar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.