in

InDrive & Maxim Diarah Henti Operasi 24 Julai Ini – Menteri Pengangkutan

indrive maxim henti operasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengarahkan dua aplikasi e-hailing dari Rusia iaitu InDrive dan Maxim dihentikan beroperasi berkuat kuasa 24 Julai ini.

Anthony Loke berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah menghantar surat memberhentikan operasi kepada dua aplikasi e-hailing itu baru-baru ini.


Bagaimanapun, kedua-dua aplikasi e-hailing itu masih boleh membuat rayuan dan hanya boleh diputuskan menerusi pihaknya.

“Berkuat kuasa 24 Julai ini, operasi InDrive dan Maxim perlu dihentikan daripada beroperasi di negara ini.

“Dua syarikat e-hailing berkenaan boleh membuat rayuan, namun rayuan itu hanya boleh diputuskan saya selaku Menteri Pengangkutan,” katanya.

Artikel berkaitan: “Pesakit boleh pilih hospital kerajaan atau swasta” – KKM Rancang Perkenalkan Aplikasi Ambulans

Artikel berkaitan: Anthony Loke Perjelas Sebab Kenapa Tak Boleh Sewenang-wenangnya Batal Lesen Memandu OKU Mental

WhatsApp Image 2025 05 09 at 2.59.11 PM

Perkembangan itu dikongsikan susulan Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (PENGHANTAR Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengesa pihak kerajaan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap kedua-dua aplikasi tersebut.

Menurut PENGHANTAR Malaysia, kedua-dua platform e-hailing itu meneruskan perkhidmatan tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.

Ia termasuk tidak memastikan pemandu mereka memiliki lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah, seperti diwajibkan undang-undang Malaysia.

Malah, kedua-dua pihak didapati melanggar syarat pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Ia termasuk memastikan semua kenderaan di bawah platform mereka beroperasi dengan Permit Kenderaan E-hailing (EVP) sah, iaitu salah satu syarat utama dalam Lesen Pengendali Individu (IBL) mereka.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.