in

Individu Sanggup Bayar RM7,500 Duit Pengeras Demi Dapatkan Duit Raya ‘Alam Ghaib’ RM500K

duit raya ala ghaib aa gym

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemberian duit raya ketika Hari Raya Aidilfitri telah menjadi satu budaya wajib dalam masyarakat kita. Selalunya, individu yang paling banyak mengumpul duit raya ini pastinyalah kanak-kanak.

Tapi katakanlah kalau ada yang nak beri korang RM500,000 sebagai duit raya, korang nak tak? 


1685042

Duit raya alam ghaib RM500,000? 

Baru-baru ini, terbongkar satu kes penipuan orang ramai melalui aplikasi Telegram yang mana scammer telah menjaja nama pendakwah terkenal Indonesia, Abdullah Gymnastiar dengan menawarkan pemberian ‘duit raya’ dari alam ghaib.

Menurut Harian Metro, taktik penipuan tersebut telah dikesan menggunakan elemen agama dan dakwah untuk menjerat mangsa dalam kalangan warga tempatan.

0425rsduit 1682481606

Malah lebih mengejutkan, sindiket ini juga memancing orang awam dengan menawarkan duit raya yang menjangkau RM500,000 dalam masa kurang 24 jam! Uiks banyak! 

Sindiket ini juga dikatakan mula muncul sejak seminggu lepas lagi apabila ramai pemilik telefon pintar terima mesej atau link group Telegram milik scammer itu secara mendadak.

“Wang diperoleh dari ritual ugama. Saya ambil dari alam ghaib untuk dihadiahkan…” 

Demi untuk mengetahui taktik yang digunakan scammer terbabit, wartawan telah menyamar berpura-pura berminat dengan duit yang ditawarkan itu.

Berikut antara perbualan mereka….

Wartawan: Benarkah ini pendakwah terkenal Indonesia, Abdullah Gymnastiar?

Scammer: Benar anak. Saya adalah pendakwah itu.

Wartawan: Salam kiyai Aa Gym, adakah benar tawaran wang ini?

Scammer: Benar!. Ini bagi membantu umat Islam yang memerlukan. Wang ini untuk mereka yang kesempitan terutama sepanjang Aidilfitri ini.

Wartawan: Dari mana wang ini diperolehi kiyai?

Scammer: Wang ini diperolehi melalui ritual ugama. Saya ambil dari alam ghaib untuk dihadiahkan. Ia wang halal.

Wartawan: Berapa tempoh lama wang ini boleh diperolehi?

Scammer: Ritual alam ghaib akan diadakan setiap hari. Maka wang dari alam ghaib ini akan diberikan setiap hari selepas pengeras diberikan.

Wartawan: Apa syarat-syarat perlu dipenuhi?

Scammer: Jika anak mahu memohon wang ini, pilih pakej disediakan dan isi borang segera.

Berdasarkan maklumat yang disertakan, scammer memperkenalkan dua pakej yang berbeza iaitu ‘duit raya’ kecil dan ‘duit raya’ besar.

Namun individu yang berminat kena menghantar ‘wang pengeras’ terlebih dahulu dengan jumlah minimum RM300 bagi mendapat pulangan sebanyak RM35,000.

duit taya

Manakala ada juga di kalangan individu yang sanggup membayar pengeras RM7,500 demi pulangan RM500,000!

Menurut jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), walaupun amaran sudah diberikan berhubung penipuan melalui Telegram, ramai yang masih terjebak dengan penipuan yang sama.

Hati-hati gais dengan penipuan macam ni. Bila difikir balik macam tak logik sangat bayar RM7,500 boleh dapat wang sehingga RM500,000! 

Baca: Kisah Mbah Slamet, Dukun Pengganda Wang Yang Korbankan Lebih 10 Orang Mangsa

mbah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.