in

“Ikut suka saya lah kawasan saya!”- [VIDEO] Wanita Ini Bengang Jiran ‘Bising’ Buang Sarang Tebuan

fi jiran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehidupan hidup bermasyarakat bersama jiran-tertangga pasti ada masanya akan berlaku perselisihan faham. Kadang-kadang bukannya isu serius pun, tapi kalau dah namanya salah faham kan…ada je benda nak jadi punca.

Seperti isu yang dikongsikan oleh wanita ini melalui laman TikTok peribadinya, @heartless, ia telah memperlihatkannya bersama seorang jiran yang sedang bertengkar isu sarang tebuan.


media jiran 1

media jiran 2

media jiran 3

media jiran 4

Melalui video tersebut, dikatakan jirannya yang merupakan seorang bekas pendidik tersebut seakan tidak puas hati mengapa masuk campur urusan kawasan rumahnya.

“Benda belum jadi tak boleh kira”, kata pakcik tersebut apabila ditanya siapa yang mahu bertanggungjawab sekiranya sarang tebuan itu jatuh dan terkena orang lain.

Sikap tak endah pakcik tersebut mengundang berang wanita ini kerana seperti yang diperkatakan, itu bukan kali pertama jirannya bersikap demikian. Banyak isu lain yang dibangkitkan semasa bertengkar dengannya.

Jika dilihat di ruangan komen, ramai yang turut bengang dengan sikap pakcik tersebut. Namun, ada juga yang memberi nasihat supaya ‘slowtalk’ dengan pakcik itu secara baik. Berkemungkinan dengan cara itu, pakcik tersebut akan berlembut hati.

komen jiran

Biasalah, kalau dah marah semua tak ingat! Tapi kita sebagai generasi muda ni kena lah beringat juga, jangan sampai terguris hati orang tua. Mereka kadang-kadang mudah terasa. Jadi, berbincang lah elok-elok. Semoga isu akak ini bersama pakcik jirannya itu dapat diselesaikan dengan baik dan secepat mungkin.

Baca: “Tak pernah dibuat orang” Jiran Tumpang Pagar Sampai 5 Buah Rumah Untuk Jemur Baju

baca jiran

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.