in

“I will grow stronger” – Shuhada Tutup Perniagaan Shelup Shelup Selepas 2 Bulan Beroperasi

ft shushukrii bisnes tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai tahu, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri telah menceburi bidang perniagaan dengan menjual biskut yang dikenali sebagai Shelup Shelup Satu Tak Cukup.

Selepas dua bulan beroperasi, Shuhada telah mengumumkan untuk tidak lagi meneruskan bisnes berkenaan atas sebab-sebab tertentu.


Menerusi hantaran yang dimuat naik semalam, Shu menerangkan bahawa dia berhadapan dengan bermacam ujian dan dugaan ketika menceburi dunia perniagaan.

https://www.instagram.com/p/Crs5n6pPJ4A/

Namun, dia menganggap perkara tersebut sebagai perkara yang normal dan sering berlaku dalam industri yang diceburinya.

Oleh itu, dia telah memutuskan untuk menutup perniagaannya, Shelup Shelup demi menumpukan perhatian serta melakukan R&D (Research and Development) terhadap produk barunya.

Ini telah membuat netizen tertanya-tanya apakah sebab sebenar yang mendorong Shu sehingga dia terpaksa menutup perniagaannya.

“Shu yakin usaha Shu belum 100%” – Shuhada

Baru-baru ini, Shu telah berkongsi sebuah lagi hantaran di akaun Instagram rasminya untuk memberitahu pengikutnya antara sebab mengapa dia bertindak untuk menutup bisnes perniagaannya.

https://www.instagram.com/p/CruvUgRrQl3/

 

Dari hantaran berkenaan, Shu turut menegaskan bahawa posting berkenaan bukan untuk meminta simpati daripada orang ramai.

Dia merasakan tindakannya untuk menukar produk jualan ataupun menukar bisnesnya bukanlah sesuatu yang memalukan kerana padanya bisnes itu bukannya untung atau rugi semata-mata.

“This business is not about UNTUNG RUGI, this is the real experience after studying business and economics on paper. Siapa yang boleh beli experience?” katanya.

Hantaran tersebut diakhiri dengan Shu memberitahu bahawa dia menghargai segala pesanan dan teguran daripada para pengikutnya namun, dia tidak mengendahkan segala hinaan dan cacian dari orang ramai kerana padanya itu semua adalah tanggungjawab diri sendiri ketika menghadap illahi nanti.

Hmmm biasalah dunia perniagaan kan? Kita doakan yang baik-baik buat Shu..

Sumber: Instagram (shushukriii)

Baca : “Harga RM179”- Ramai Terkejut Tengok Harga Biskut Jualan Nurul Shuhada Mahal

f1 biskut nurul shuhada 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.