in

Hyoyeon SNSD, Chen EXO, Youngjae & Ramai Lagi Bakal Hangatkan Festival Muzik K-Pop Grand Wave di Sunway Lagoon!

Untitled design 3

Suka atau tidak, muzik popular Korea atau singkatannya K-Pop merupakan salah satu cabang kebudayaan yang berasal dari Korea Selatan dan mempunyai peminat yang sangat ramai di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.

Sebut pasal K-Pop ni, pastinya peminat di Malaysia tahu yang tak lama lagi akan ada satu festival muzik K-Pop yang akan diadakan di sini iaitu  Festival Muzik K-Pop Grand Wave 2023 yang akan berlangsung pada 14 Januari 2023, bertempat di  Surf Beach, Sunway Lagoon.

Para peminat K-Pop di Malaysia pastinya teruja dan tidak sabar untuk sertai festival muzik K-Pop paling dinantikan ini yang membariskan ramai artis  terkenal termasuklah beberapa anggota ‘idol’ yang akan membuat persembahan secara solo.

Copy of GW KPOP 1300X1900 LOGOGW KPOP 1080X1080 LOGO

Mesti ramai teruja nak tahu barisan artis yang akan buat persembahan di festival itu nanti kan?

Untuk pengetahuan korang, kesemua artis kpop yang bakal menghangatkan Grand Wave K-Pop Music Festival itu nanti bukan calang-calang tau!

Mereka merupakan nama-nama besar dalam industri K-Pop dan cukup popular dalam kalangan jutaan peminat masing-masing yang bukan sahaja di Korea Selatan malah di seluruh pelusuk dunia.

Ini senarai penuh bintang K-Pop yang bakal membuat persembahan, let’s check it out!

1. HYO – Girls’ Generation

EdmPhGJU8AE1GsS

HYO atau Hyoyeon merupakan salah seorang anggota kumpulan Girls’ Generation atau SNSD, malah dia seringkali dilabelkan sebagai ‘dancing queen’ dalam kumpulan tersebut.

Di labelkan sebagai ‘Spice Girls Asia’ oleh CNN, popularity SNSD telah membantu kumpulan berkenaan menerima pelbagai anugerah berprestij antaranya anugerah Video Of The Year di Anugerah Muzik YouTube tahun 2013, mengetepikan artis terkenal lain seperti Miley Cyrus, Justin Bieber dan juga Lady Gaga.

SNSD ‘menghilang’ selama 5 tahun dari tahun 2017 dan membuat kemunculan semula menerusi album ‘Forever 1’. Malah Hyoyeon juga telah melancarkan album mini pertama berjudul ‘DEEP’ pada bulan Mei lalu dan sehingga kini kesemua lagu mendapat jumlah tontonan yang tinggi di YouTube, antaranya DESSERT (55 juta), Second (10 juta) dan DEEP (7.2 juta).

2. DJ Soda

maxresdefault 4

Nama DJ Soda bukanlah satu nama yang asing dalam festival muzik. Mula mendapat perhatian ramai pada tahun 2015, DJ Soda sering membuat persembahan dalam festival World DJ Korea dan membina reputasinya  dengan menjadi DJ jemputan utama untuk beberapa festival muzik di rantau Asia termasuklah S20 Songkran Music Festival.

3. Chen – EXO

EXO Chen at SMTown Concert in 2017

Dikenali sebagai kumpulan yang mempunyai vokal yang bertenaga, persembahan yang memukau serta lagu yang sering menjadi siulan ramai, setiap ahli EXO merupakan individu yang sangat berbakat.

Para peminat pasti teruja kerana ini merupakan penampilan pertama Chen selepas menjalani  latihan ketenteraan selama dua tahun.

4. B.I – iKon

302140340 171632078740857 1987869421993881329 n

Ketua kumpulan serba boleh kumpulan iKon, B.I atau nama sebenarnya Kim Han-bin ini sangat berkebolehan termasuklah sebagai rapper, penulis lagu dan juga penerbit.

Mula bergerak solo pada 2021, kurang dari setahun, Hanbin berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa selepas menjadi artis K-pop dan juga artis dari rantau Asia yang pertama membuat penampilan di GRAMMY Global Spin.

5. Youngjae – GOT7

got7 youngjae 5

GOT7 melakukan debut mereka pada Januari 2014 dengan keluaran EP pertama mereka ‘Got It?’, yang berjaya menduduki carta nombor dua di Carta Album Gaon dan nombor satu di Carta Album Dunia Billboard.

GOT7 yang dianggotai oleh Jay B, Mark, Jackson, Jinyoung, Youngjae, BamBam dan Yugyeom ini telah memenangi 55 anugerah daripada 177 pencalonan.

Youngjae sebagai vokalis utama kumpulan GOT7 yang dilabel ‘genius’ ini boleh dikatakan ahli penggerak dan meneruskan kerjaya solo dan antara pencapaian terbaiknya termasuklah beliau telah dianugerahkan Anugerah Artis dan Pelakon Asia Terbaik di Anugerah Ganesha.

6. Park Bom – 2NE1

park bom 169

2NE1 yang dianggotai oleh Park Bom, Dara, Minzy dan CL ini membuat penampilan pertama pada tahun 2009 dan mula meningkat naik disebabkan gaya muzik yang berlainan, gemar bereksperimentasi dan juga penampilan pentas yang berlainan berbanding kumpulan K-Pop lain.

Setelah dibubarkan pada 2016, 2NE1 bergabung semula untuk membuat persembahan di Coachela 2022. Park Bom kemudiannya bergerak secara solo dan menandatangani kontrak eksklusif dengan syarikat D-Nation dan telah melancarkan beberapa buah single. 

7. SHAUN

shaunphoto 1 1 scaled 1

Mula mendapat tempat dalam kalangan peminat muzik bergenre dance melalui lagu “Way Back Home” selain lagu tersebut sering digunakan oleh orang ramai ketika memuat naik pelbagai kandungan di media sosial.

Way Back Home kini sudah menerima 60 juta tontonan dan menduduki carta No. 1 pada carta rasmi tiga perkhidmatan muzik utama Korea: MelOn, Genie dan Olleh Music menewaskan nama-nama besar industri seperti Twice, Blackpink dan juga BTS!

Pastinya dengan lineup yang menampilkan banyak nama-nama besar dalam industri muzik K-Pop ini akan membuat ramai tak sabar dan untuk korang yang belum berkesempatan untuk beli tiket early bird tempoh hari, korang masih boleh dapatkan tiket dengan harga seperti yang tertera di bawah :

GW KPOP FLOOR OP

Jadi para peminat semua, tandakan kalendar anda;

  • Grand Wave K-Pop Music Festival
  • 14 Januari 2023
  • Surf Beach Sunway Lagoon

p/s : Korang masih boleh dapatkan tiket di sini atau tunggu pengumuman di page Lobak Merah nanti ye…

Sumber: Twitter
Sumber: YouTube
Sumber: Wikimedia
Sumber: Instagram
Sumber: SNS