in

Hero Kecil! Budak 3 Tahun Selamatkan Ibu Pengsan, Dial 999, Belajar Dari Kartun Robocar Poli

fi mini superhero

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka budak berusia 3 tahun boleh selamatkan nyawa ibunya? Wajar digelar sebagai hero kecil, budak lelaki berusia tiga tahun ini bijak dan pantas bertindak, dial 999 untuk selamatkan ibunya yang pengsan setelah jatuh dari tangga rumah.

Thomas Boffey, bukan sahaja membuat panggilan kecemasan, tetapi dia juga telah memanjat ‘child gate’ untuk membuka pintu bagi pihak polis.


Menurut ibunya Kayleigh Boffey, 33, kejadian berlaku ketika dia sedang berada di tingkat atas untuk mengambil baju bagi anaknya itu. Namun, pada hari kejadian dia sedang mengalami sakit perut akibat sakit hernia dan limpa.

“Saya masih ingat menutup pagar tangga, dan pada minit berikutnya saya tahu saya bangun bercakap dengan seseorang melalui telefon, dan kemudian polis berada di dalam rumah.”- kata Kayleigh 

Terima kasih kepada siri kartun dari Korea Selatan, Robocar POLI yang ditontonnya di Youtube, Thomas yang melihat ibunya sedang tidak sedarkan diri itu terus membuat panggilan kecemasan seperti yang diajarkan dalam siri tersebut.

Selepas membuat panggilan kecemasan, si kecil itu menolak kerusi yang berat ke arah ‘child gate’ lalu memanjat dan membuka pintu rumah dengan kunci ketika pihak polis tiba.

Setelah tiba di hospital, ibunya didapati cedera di bahagian lutut, buku lali, bahu dan punggung akibat jatuh dari tangga rumahnya itu.

Walaupun kelihatan risau akan keadaan ibunya, namun Thomas masih tenang sepanjang menunggu pihak ambulans tiba. Tindakannya yang cepat itu patut dipuji kerana diusianya yang baru sahaja tiga tahun, tetapi dah boleh berfikir secara rasional walaupun pada waktu kecemasan.

Baca lebih lanjut di sini.

Baca: “Mana dia belajar ni!” -[VIDEO] Budak Berlakon Pengsan Sebab Takut Kena Marah Buat Netizen Berdekah

baca mini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.