in

“Hati saya remuk” – Along Cham Beri Bayangan Kembali Bujang, Isteri Dakwa Tak Tahu Apa-apa

isteri along cham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri Along Cham, Afreena Suhaimi menyatakan rasa terkejut apabila mendapat tahu pelawak berkenaan memberikan bayangan bahawa dia sudah kembali solo.

Along menerusi Instagram Story miliknya memberitahu semua urusan di Mahkamah Syariah yang dipercayai membabitkan isu rumah tangganya sudah pun selesai.


Dia juga meninggalkan tanda pagar ‘Arbaie bujang kembali’ yang merupakan tajuk drama arahan Allahyarham Mamat Khalid pada tahun 2000.

Screenshot 2025 02 04 163457

Artikel berkaitan: Gelarkan Isteri ‘Mak Lampir’, Along Cham Dedah Punca Failkan Cerai Taklik

Artikel berkaitan: Suspek Yang Menipu Isteri Along Cham Ada 5 Rekod Jenayah Di 4 Negeri

Afreena dakwa tidak tahu apa-apa

Sementara itu, Afreena yang mengetahui hal itu menyatakan bahawa dia tidak menerima sebarang makluman berhubung urusan membabitkan rumah tangga mereka daripada pihak mahkamah.

Afreena turut berkata, sebagai isteri hatinya hancur apabila Along memberi gambaran dia sudah pun kembali bujang, lapor mStar.

“Saya tidak menerima sebarang makluman dari mahkamah syariah. Apa yang saya tahu sepatutnya perkara ini melibatkan dua pihak.

“Macam mana dia boleh kata bujang sedangkan mahkamah tidak panggil saya? Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini. Hati saya remuk dan hancur. Saya tidak tahu apa-apa.

“Sekarang ini apa yang saya tahu, status saya masih lagi isterinya,” katanya.

Dalam pada itu, Afreena memberitahu dia pernah menghubungi Along bagi membincangkan kemelut rumah tangga mereka namun tidak berhasil.

Terdahulu, Along memfailkan cerai secara taklik selepas mendakwa isterinya telah melanggar tiga perjanjian taklik.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.