in

Hanya Tengok YouTube, Pak Guard Main Piano Buat Netizen Tergamam

Untitled Project 2024 06 15T145227.251

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pengawal keselamatan di Perpustakaan Shah Alam tular apabila rakaman video dirinya bermain piano lagu Golden Hour.


Video itu dirakam dan bakat pemuda itu mula menjadi bualan netizen.

Bermain lagu Golden Hour bukanlah mudah bagi seseorang yang baru mula bermain piano.

Lebih mengejutkan dia hanya menonton YouTube dan mempelajari lagu itu.

Rata-rata netizen terkejut dengan bakat yang dimiliki pengawal keselamatan itu.

Ada juga yang berpendapat agar ada pihak yang tertentu boleh menilai bakat pemuda itu dari dibiarkan begitu saja.

Selamba betul bawa lagu Golden Hour dengan belajar di YouTube sahaja.

Boleh lar kot Tok Ram buat audition untuk adik jaga ni.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.