in

“Hanya mampu lihat”- Lelaki Ditembak Depan Anak & Isteri di Sungai Petani

collage 24

Semalam, seorang lelaki telah ditembak mati pada jarak dekat oleh empat orang lelaki di simpang Taman Intan di Sungai Petani, Kedah.

Lebih memeranjatkan, kejadian ini berlaku pada tengahari semalam jam 12.30 ketika lelaki berusia 36 tahun ini dalam perjalanan untuk masuk ke dalam keretanya selepas makan bersama keluarganya di sebuah restoran berhampiran.

Tambah menyedihkan, isteri dan anaknya ini hanya mampu melihat kejadian yang berlaku depan mata mereka ini sambil menjerit ketakutan lima kaki dari tempat kejadian, lapor FMT.

FTlwPwgUcAAY2Gi

Manakala orang ramai yang berada di restoran yang sama juga turuk menyaksikan motosikal penembak tiba dari lorong belakang sebelum lelaki ini ditembak beberapa kali di kepala.

Menurut Ketua Polis Kedah Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, penembak memakai sarung tangan dan topi keledar untuk melindungi muka mereka.

Vellfire Sungai Petani Kedah fmt 1

Siasatan mendapati empat lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh serta berjaket menghampiri dan melepaskan tembakan terhadap mangsa.

Ketika itu mangsa dikatakan mahu masuk ke dalam kenderaannya dan hasil pemeriksaan lanjut kita menemui lapan kelongsong peluru.”

Selain itu, semakan ke atas identiti mangsa juga turut mendapati lelaki ini dikehendaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dipercayai terbabit dalam kumpulan kongsi gelap dan juga pengedaran dadah, lapor Berita Harian.

Pun begitu, pihak polis masih menyiasat motif sebenar di sebalik kejadian tembakan ini dan akan mengesan suspek melalui rakaman CCTV yang terdapat di kawasan kejadian

 

Baca: [VIDEO] Ratusan PATI Merusuh & Lari Dari Pusat Tahanan Imigresen Di Kedah, 6 Maut Dilanggar

collage 41