in

Hafidz Roshdi Dakwa Lafaz Cerai Tanpa Niat, Minta Mahkamah Teliti Semula?

ft hafidz roshdi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas isu penceraiannya menjadi hangat, timbul lagi satu isu apabila pelakon Hafidz Roshdi ada membuat permohonan pengesahan lafaz cerai selepas didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor.

Ini kerana Harian Metro melaporkan bahawa pelakon Melastik Ke Hatimu itu melafazkan cerai tanpa niat dan meminta agar mahkamah untuk meneliti setiap dakwaan berlakunya lafaz cerai dari segi rukun dan syarat.


“Hafidz memberitahu mahkamah lafaz cerai terhadap isterinya dibuat tanpa niat. Jadi dia memohon mahkamah untuk meneliti lafaz cerai sama ada lafaz itu sah atau boleh menggugurkannya.”

Difahamkan juga, sumber yang memberitahu Harian Metro itu turut menyatakan bahawa mahkamah bakal tetapkan satu tarikh baharu untuk mengesahkan lafaz cerai pasangan itu.

Sebelum ini, khabar angin berkenaan dengan lafaz cerai yang dibuat oleh Hafiz Roshdi terhadap Shuhada bersaksikan ahli keluarga itu terjawab apabila ia disahkan oleh adik Shuhada.

553

Ia berikutan dengan kemelut rumah tangga yang melanda apabila Shuhada ada mendedahkan ada orang ketiga dalam hubungan mereka.

Namun, ‘orang ketiga’ tersebut, Athira Yuhada menjawab dengan menyatakan bahawa hubungannya dengan Hafidz Roshdi sudah lama berakhir.

Sebagai rujukan, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

Baca : Lepas Sound ‘Penyondol’, Shuhada Muat Naik IG Story Terima Rawatan Di Hospital?

shuhada jalani rawatan hafidz cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.