Tindakan seorang guru di sebuah sekolah di New Jersey, Amerika Syarikat ini pula telah berjaya menyelamatkan seorang muridnya daripada menjadi mangsa kejadian yang tidak diingini.
Menurut New York Post, murid lelaki yang berusia sembilan tahun itu tercekik penutup botol air ketika mahu minum air di dalam kelasnya. Dikenali sebagai Robert, pelajar berkenaan dikatakan telah mencuba untuk membuka penutup berkenaan dengan giginya setelah gagal membukanya dengan tangan.
Namun, malang tidak berbau apabila tekanan air dari dalam botol telah menolak penutup itu masuk ke dalam mulutnya.
Robert kemudiannya cuba batuk untuk mengeluarkan objek asing itu namun tidak berjaya. Setelah itu, dia terus ke hadapan kelas untuk memberitahu cikgunya bahawa dia tercekik.
Namun, disebabkan dia tak boleh bercakap pada ketika itu, Robert hanya memberi isyarat dan menunjuk-nunjuk tekaknya dengan muka panik.
Guru yang dikenali sebagai Janiece Jenkins itu kemudiannya cepat-cepat guna kaedah Heimlich maneuver kepada Robert. Nasib baik umurnya masih panjang sebab objek asing itu berjaya keluar selepas itu.
Untuk pengetahuan semua, kaedah Heimlich maneuver merupakan satu gerakan yang dibuat pada sesiapa yang tercekik dengan menekan perut mangsa. Boleh baca kat sini kalau nak faham dengan lebih lanjut.
Difahamkan, kejadian itu sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dalam kelas berkenaan.
Video kejadian itu juga tular di Twitter dan telah meraih tontonan sehingga 3.5 juta kali menerusi akaun ABC News.
TO THE RESCUE: A New Jersey teacher jumped into action to help save a third-grade student who had a bottle cap stuck in his throat. https://t.co/hGoOdo4QsI pic.twitter.com/JuUKljspLw
— ABC News (@ABC) April 12, 2022
Boleh tonton video ini kalau nak tahu bagaimana Heimlich maneuver ini dilakukan kepada mangsa tercekik.
Rasanya lebih baik kalau kita semua belajar dan kuasai cara untuk buat Heimlich maneuver dan CPR, just in case ada anak atau ahli keluarga kita yang tercekik atau perlukan pertolongan cemas suatu hari nanti.
Sumber: New York Post, Twitter @ABCNews
Baca: [VIDEO] ‘Baby’ Tersedak? Founder ‘Share’ Tips Penting Buat Parents