in

“Guna bunyi pintu pun sedap” – Ramai Terpegun Charlie Puth Dedah Idea Muzik Terbarunya

lagu charlie puth guna bunyi pintu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mula menempa nama dalam industri muzik selepas membuat penampilan bersama Wiz Khalifa dengan single “See You Again”, runut bunyi filem Fast & Furious 7 yang ditujukan khas buat mendiang Paul Walker, Charlie Puth ternyata seorang pemuzik dan penggubah lagu yang sangat berbakat.

Mungkin ramai yang tidak tahu, selain mempunyai banyak lagu-lagu hits tersendiri seperti We Don’t Talk Anymore, Attention dan lain-lain ini turut mengubah banyak lagu-lagu yang menjadi siulan ramai yang dinyanyikan artis lain seperti Maroon 5, Pitbull dan ramai lagi.


Salah satu perkara menarik yang sering diperkatakan tentang artis berbakat ini ialah beliau memiliki nada yang sempurna atau ‘pitch perfect’, iaitu bakat semulajadi rare yang membolehkan dia mengenali nota muzik hanya dengan mendengarnya.

@jimmykimmellive Jimmy puts @Charlie Puth ♬ original sound – Jimmy Kimmel Live

Bakat ini dikatakan hanya terdapat dalam satu hingga lima orang daripada sekumpulan 10,000 orang secara semula jadi yang dilahirkan dengan nada yang sempurna atau mutlak, menurut Scientific American.

Puth yang baru sahaja mengeluarkan album terbaru berjudul ‘Charlie’ pada 7 Oktober lalu ini menerima pujian ramai selepas mempromosikan album terbarunya tersebut tanpa bersusah payah atau perlu menggunakan taktik ‘murahan’.

Bunyi Pintu Dibuat Lagu

Charlie

Menerusi video berdurasi 47 saat yang dimuatnaik oleh artis berkenaan di TikToknya, ramai terpegun dengan bakat semulajadi beliau yang mampu menghasilkan lagu dengan hanya menginspirasikan bunyi pintu biliknya.

Mendapat tontonan hampir 50 juta serta tanda like hampir 8 juta, Puth ‘mendedahkan’ cara atau idea disebalik salah satu lagu yang terkandung dalam album terbarunya tersebut.

“Ini pintunya, cuba dengarkan bunyi (yang terhasil) apabila saya gerakkannya”

@charlieputhI’m calling this No More Drama♬ original sound – Charlie Puth

Puth kemudian sambung menceritakan bagaimana beliau menghasilkan lagu ‘No More Drama’ tersebut dengan memperlahankan bunyi pintu tersebut, sebelum menaikkan sedikit nadanya dan ditambah dengan bunyi piano, bass, dram dan nyanyian.

komen Charlie Puth

Menerusi ruangan komen, ramai peminatnya nyata terpegun dengan bakat semulajadi beliau sambil ada yang berseloroh mengatakan tidak mustahil satu hari nanti Puth akan menggubah lagu menggunakan bunyi kentut dan bakal memenangi anugerah Grammy.

Baca : 5 Lagu Hit Hollywood Yang Asalnya Kena Reject Dengan Penyanyi Lain

ft lagu hit hollywood yang kena reject oleh penyanyi lain 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.