in

Guard Halang Wanita Masuk Unit Kecemasan Hospital Kerana Pakai ‘Skirt’, KKM Ambil Tindakan

Collage 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah membuat aduan bahawa dia telah dihalang untuk melawat bapanya di unit kecemasan Hospital Selayang.

Menurut @elizanathaniel, dia telah dihalang masuk kerana memakai dress atas lutut tanpa lengan oleh pegawai keselamatan di sana.


Pegawai keselamatan di sana mengatakan skirt yang dipakainya itu terlalu pendek dan tidak sesuai.

Ada yang datang dengan skirt yang lebih singkat. Tapi saya dipanggil “Amoi kenapa pakai skirt, cepatlah amoi”. Ini kecemasan! KECEMASAN. Awak fikir saya boleh fikir ke apa yang saya pakai masa ayah saya berada dalam kecemasan?”

Ekoran ini, pihak Hospital Selayang telah mengambil tindakan dengan memberikan teguran kepada seorang pegawai keselamatan yang menghalang wanita tersebut, lapor Malaysiakini.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut berharap agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang dan dapat diselesaikan melalui komunikasi yang sesuai.

Jabatan Keselamatan Hospital Selayang telah mengambil tindakan penambahbaikan dgn memberi teguran kpd pengawal keselamatan tersebut agar mengamalkan tatacara komunikasi yg sesuai ketika berurusan bersama pesakit mahupun waris agar perkara yang sama tidak berulang di masa hadapan.”

 

Baca: “Dah complain tak layan” – [VIDEO] Viral Tikus Berkeliaran Di Wad Kanak-kanak, HTJ Ambil Tindakan

Collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.