in

“GB suka holiday”- Kreatif Habis, Ubah Sekolah Jadi Airport Sempena Majlis Persaraan Guru Besar

Guru Besar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Guru-guru yang bersara sudah semestinya akan disambut dengan meriah kerana mahu mengenang jasa-jasa mereka sepanjang berpuluh tahun berkhidmat menjadi pendidik.

Namun, kreativiti para cikgu di sekolah SJK (C) Kuang Hwa KTN ini pula telah menarik perhatian ramai warganet kerana mereka telah mengubah sekolah menjadi lapangan terbang sempena majlis persaraan guru besar sekolah terbabit.


2

Difahamkan, idea untuk menggunakan tema percutian dan suasana seperti di lapangan terbang itu adalah kerana guru besar tersebut sangat suka pergi bercuti.

Video suasana ketika majlis persaraan yang diraikan dengan tema airport di sekolah itu telah dikongsikan oleh akaun TikTok rumah.kome baru-baru ini.

@rumoh.kome

Majlis persaraan guru besar sekolah kome. Disebabkan GB kome ni suka p holiday, so sekolah decide utk buat tema percutian.? #fyp #gurubesar #majlispersaraan #temapencen #temahariguru #hariguru #ideahariguru #pencen #majlissekolah #sekolah #sjkckuanghwa

♬ Disappear – Maniak-B

Artikel Berkaitan: Pelajar Kumpul Duit, Belikan Cikgu Perodua Aruz Sebagai Hadiah Persaraan

Artikel Berkaitan: “Tak semua ibu bapa mampu” – Pelakon Tempelak Pihak Sekolah, Buat Majlis Graduasi Dekat Hotel Mahal

Dalam video yang berdurasi selama 42 saat itu, dapat dilihat kawasan sekolah seperti dewan telah diubah menjadi seperti kaunter tiket di KLIA dan tetamu-tetamu yang dijemput juga mendapat pasport dan tiket sebelum masuk ke majlis terbabit.

Siap kena check-in dan ada pemeriksaan keselamatan dulu tau! Memang macam kat airport!

3

Selain itu, kawasan dewan terbuka juga telah diubah seperti dalam kapal terbang.

Manakala guru-guru pula memakai uniform yang sama kerana mereka menjadi kru penerbangan, ada yang jadi juruterbang dan ada yang jadi pramugari.

Siap ada perarakan masuk dengan bawa bagasi lagi tau! Memang kreatif.

1

Manakala para murid pula menolak troli dan memberikan minuman dan snek kepada tetamu-tetamu undangan, macam tugas pramugari-pramugara dalam penerbangan.

Rata-rata warganet memuji usaha tenaga pengajar di sekolah tersebut kerana menggunakan tema yang lain daripada yang lain untuk majlis persaraan cikgu.

Sumber: TikTok @rumah.kome 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.