in

Gara-gara Cemburu, Wanita Dit*kam Ketika Asyik Berkaraoke Semasa Live Di Facebook

Ft Isteri Ditikam

Di Indonesia, satu kejadian ngeri berlaku baru-baru ini apabila seorang wanita ditikam ketika sedang live di Facebook.

Menurut laporan Kompas, mangsa sedang menyanyi bersama seorang lagi wanita lain sebelum ditikam suaminya.

Artikel berkaitan : “Jumpa dalam guni” – Gara-gara Cemburu, Anak Kecil 6 Tahun Dib*nuh Kejam Oleh Ibu Tiri

Artikel berkaitan : Ejen Takaful Diserang Suami ‘Cemburu Buta’ Gara-gara Respon WhatsApp Story Makanan Client

Ketua Polis Serdang Bedagai, Jhon Hery Rakutta Sitepu berkata, mangsa yang dikenali sebagai Hertalina B Simanjuntak (46) sedang meluangkan masa bersama keluarganya di rumah. Mereka melakukan aktiviti bersama termasuklah berkaraoke.

Namun, suspek yang dikenali sebagai Agus Herbin Tambun tiba-tiba muncul dari belakang dan terus menikam mangsa selepas mencapai pisau dari meja.

“Dalam keadaan panik dan bingung, Hertalina tidak sempat menghindar dan pelaku menikamnya sebanyak lima kali.”

Tambahnya, disebabkan perkara itu berlaku dengan pantas, ahli keluarga yang menyaksikan kejadian tersebut hanya mampu menjerit dan berusaha meminta tolong penduduk setempat.

Pelaku kemudiannya melarikan diri dan membairkan isterinya itu dalam keadaan kritikal sebelum dikejarkan ke Hospital Chevani, Kota Tebing Tinggi, Sumatera Utara.

“Setelah dibawa ke rumah sakit (hospital), mangsa dimaklumkan meninggal dunia kerana tikaman tersebut.”

67298C299Bc1F

Jenazah kemudiannya dibawa oleh ahli kelaurga ke Hospital Bhayangkara Tebing TInggi untuk post mortem.

Dalam pada itu, pasukan polis segera mengesan suspek setelah menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Hasil bantuan penduduk setempat, suspek kemudiannya berjaya diberkas ketika sedang bersembunyi di rumah keluarganya. Ketika serbuan dibuat, pihak polis menemui bahan bukti iaitu pisau yang digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa.

Ketika disoal siasat, suspek menyatakan bahawa dia melakukan perkara sedemikian kerana sakit hati dan cemburu sebab merasakan bahawa isterinya itu masih ada hubungan dengan bekas suaminya.

Sumber : Kompas