Macam-macam jenis video ada dekat TikTok kan? Mana yang paling korang suka tengok? Tips ke, video lawak ke, nyanyi ke, parodi ke….
Banyak juga video lawak admin pernah tengok dari netizen Indonesia yang viral. Tapi, kali ni sebuah video TikTok yang dibuat oleh seorang lelaki dipercayai dari Indonesia telah dimuat naik semula di Twitter dan telah mencetuskan kontroversi.
Melalui video itu, seorang lelaki dilihat memakai jubah berwarna biru serta kopiah sedang memegang mikrofon. Dalam TikTok itu dia ‘feeling’ macam konon tengah ‘buat konsert’.
Apa yang buat video itu jadi isu adalah lagaknya selepas itu yang kononnya hulurkan mikrofon ke depan untuk bagi penonton nyanyi. Tapi, ‘penonton’ dia tidak wujud sebab lelaki tu sebenarnya dekat kawasan tanah perkuburan.
So, bila part dia hulurkan mikrofon dekat ‘penonton’ tu kamera dia juga bergerak menunjuk ke arah kubur-kubur yang ada di situ.
Melalui ruangan komen berlaku pelbagai perbalahan antara mereka yang rasa video itu kelakar dengan mereka yang rasa video tu sensitif dan biadap. Malah, seorang netizen mendakwa lelaki itu merupakan seorang atheist.
Antara komen-komen netizen:
“Gapunya adab lo kek ginian.”
“Tak kisah laa issue Malaysia ke Indonesia tapi aku rasa video ni tak elok.. kubur bukan benda yang boleh dibuat main atau bahan lawak.”
“Maaf. Ini perbuatan yg tak bermoral. Tak lucu langsung.”
Tonton video di bawah:
https://twitter.com/Agamajinasi/status/1296965431425667075
Boleh baca komen-komen yang lain di sini.