Personal financing atau pembiayaan peribadi merupakan kemudahan kewangan yang disediakan oleh pihak bank atau institusi kewangan bukan bank dengan pembayaran balik pada jumlah yang tetap setiap bulan untuk tempoh yang ditetapkan.
Tidak dapat dinafikan, pembiayaan peribadi ini merupakan salah satu cara yang cepat dan selamat untuk anda mendapatkan jumlah wang yang besar untuk tujuan-tujuan tertentu seperti menyambung pelajaran, kegunaan kecemasan dan sebagainya.
Untuk meningkatkan peluang kelulusan pembiayaan peribadi ini, majalah kewangan terkemuka, Forbes telah berkongsi beberapa tip yang boleh diikuti, seperti :
Mohon jumlah pembiayaan yang diperlukan
Pastikan jumlah yang dimohon adalah sejumlah yang diperlukan oleh pemohon. Anda boleh menggunakan kalkulator pengiraan kelayakan pembiayaan untuk mengetahui jumlah pembiayaan yang layak dimohon berdasarkan beberapa faktor lain seperti komitmen semasa, jumlah pendapatan dan lain-lain.
Jangan mohon pelbagai pembiayaan pada waktu yang sama
Menurut perkongsian dari Forbes, salah satu kesalahan yang sering dilakukan oleh pemohon adalah memohon pelbagai pembiayaan serentak dengan harapan sekurang-kurangnya satu akan diluluskan.
Ini sebenarnya boleh menyebabkan permohonan tersebut ditolak kerana setiap kali anda memohon pembiayaan, semakan skor kredit juga akan dilakukan dan ini boleh menyebabkan penurunan skor kredit.
‘Tarik’ tempoh pembayaran semula
Tempoh pembayaran semula untuk pembiayaan peribadi ini akan ditentukan semasa permohonan dibuat. Sekiranya tempoh lebih panjang, maka pembayaran setiap bulan adalah lebih rendah.
Ini secara tidak langsung akan mengurangkan beban kewangan setiap bulan dan juga meningkatkan peluang kelulusan permohonan.
Kira Dulu Nisbah Khidmat Hutang
Nisbah Khidmat Hutang atau DSR merupakan pengiraan kemampuan yang digunakan oleh bank untuk menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk mendapat pembiayaan.
Sekiranya jumlah hutang melebihi pendapatan untuk membayar hutang sedia ada, ia pastinya akan mengurangkan peluang kelulusan permohonan . Sebaiknya, kekalkan kadar ini dalam julat 40% hingga 50% untuk meningkatkan peluang kelulusan permohonan.
Pastikan ‘cukup syarat’
Paling penting, sebelum membuat permohonan untuk mendapatkan pembiayaan peribadi, tidak kira jumlahnya kecil atau besar, kebiasaanya institusi yang menyediakan pembiayaan tersebut akan menyenaraikan syarat kelayakan.
Oleh itu, untuk meningkatkan peluang kelulusan permohonan, pastikan semua syarat kelayakan dipatuhi. Sebagai contoh; antara syarat yang dikenakan oleh AEON Credit untuk mendapatkan pembiayaan peribadi adalah :
– Warganegara Malaysia.
– Berumur lebih 18 tahun hingga 65 tahun.
Pembiayaan Peribadi AEON Credit
Selain itu, dengan gaji minima RM1,500, pemohon boleh memohon Pembiayaan Peribadi daripada AEON Credit yang menawarkan pembiayaan dalam lingkungan RM1,000 hingga RM100,000 kepada individu yang layak.
Paling menarik, pembiayaan ini boleh dimohon oleh mereka yang menerima gaji bulanan atau bekerja sendiri dengan ciri dan faedah seperti berikut:
- Kelulusan cepat dengan had kredit.
- Bayaran bulanan serendah RM55 sebulan.
- Pinjam sehingga RM100,000.
- Kadar faedah serendah 0.66% sebulan.
- Tempoh pembayaran fleksibel sehingga 84 bulan.
- Tidak perlukan penjamin, tiada cagaran dan tiada deposit keselamatan.
- Berdasarkan konsep Shariah, Tawarruq.
Dengan adanya pengecaman wajah atau facial recognition yang disediakan atas talian, permohonan dengan ‘kelulusan serta merta‘ boleh dilakukan sepenuhnya atas talian dan dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
AEON Credit juga baru-baru ini memperkenalkan tanda tangan elektronik (e-signature) untuk pengeluaran pinjaman. Ini bermakna pemohon boleh menandatangani perjanjian melalui peranti sendiri di mana-mana sahaja dengan adanya e-tandatangan ini.
Namun demikian, kelulusan serta merta ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh AEON Credit, manakala kadar faedah pula akan bergantung kepada jumlah pinjaman yang dimohon.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan peribadi daripada AEON Credit atau untuk mendapatkan pembiayaan dengan bayaran bulanan serendah RM55, anda boleh merujuk kepada tawaran terkini di sini. Manalah tahu, ia boleh membantu semasa kecemasan dan sebagainya.