Banyak yang dilakukan oleh penternak bagi menjamin kualiti ternakan mereka, terbaru sebuah video tular di TikTok yang membuatkan ramai netizen tercengang.
Siapa sangka sebuah rumah agam yang mewah rupanya adalah kandang lembu, perkara yang sangat di luar jangkaan itu difahamkan berlaku di Madura, Indonesia.
@leonardyoriko Hanya berkunjung seharinsaianke Madura, ga berhenti terheran heran.. di pelosok rumah gagah dan mewahnsekali.. eeehhh belum selesai herannya malah nemu rumah mewahndan besar yang isinya Sapi.. haiyaaaahhh
Menurut laporan Tribun News, rumah itu tidak didiami oleh seseorang atau keluarga sebaliknya ia didiami oleh beberapa ekor lembu lumba.
Selain itu, penerangan individu di dalam video menyatakan lembu-lembu berkenaan dibela dengan rapi sehingga mempunyai harga mencecah berbillion Rupiah.
“Ada lembu itu pernah menjadi juara beberapa kali sehingga memberi pemiliknya peluang mendapat hadiah kereta,” katanya.
Individu berkenaan turut memberikan pesanan kepada semua penonton agar sentiasa merendah diri kerana rumah yang sebegitu mewah juga didiami oleh lembu jadi tidak perlu menyombong.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah lebih sejuta tontonan serta lebih seribu komen yang majoritinya kagum serta memuji cara penjagaan lembu-lembu tersebut.
Fuh, betul-betul mewah ye!
Baca: “Rezeki masa kecil tolong ibu jual kuih” – Netizen Teruja Lihat Tokti Beli Rumah Mewah Di Dubai