Sejak akhir-akhir ini isu air di Kelantan kembali menjadi tumpuan apabila ramai penduduk yang mula ‘bersuara’ berikutan permasalahan tersebut.
Persoalannya sejauh mana kritikalnya isu ini di negeri itu? Dan apa sebenarnya yang dihadapi penduduk di negeri ini?
“Air kotor, karat dan bertahun-tahun…” – penduduk
Kisah masalah air di Kelantan ini merupakan hasil perkongsian Kelantan Environmental & Water Association (KEWA) kepada Lobak Merah, yang diceritakan sendiri penduduk setempat ketika tinjauan mereka selama seminggu di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
*Penceritaan ini adalah berkisarkan perkongsian dan kajian yang dilakukan KEWA ketika membuat tinjauan di negeri Kelantan, penulis tidak bertanggungjawab langsung atas sebarang perkongsian.
“Basuh baju kade-kade tadoh denga air huje”
“Meme kita tak lalu nak minum”
“Hok buih maghi, hok buih tu bau busuk”
“Sehari ada air, tiga hari takde”
Ini antara luahan penduduk setempat berkaitan isu air di negeri Kelantan. Rata-rata menyuarakan kekecewaan berikutan isu yang sehingga kini masih lagi ‘sama’ dan tiada selesai.
Malah dilaporkan isu ini sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya.
Antara kawasan-kawasan yang terjejas, ketika tinjauan dilakukan ialah :
- Kampung Seribong, Pasir Tumboh
- Kampung Alor, Pulai Kelantan
- Gunong, Bachok
- Peringat
- Pulai Chondong
- Jalan Hospital, Kota Bharu
- Kelar, Pasir Mas
- Kampung Chap, Pasir Mas
- Machang
- Kampung Padang Mokkan, Peringat
- Jalan Merbau, Kota Bharu
“Seghupo teh oh beng, kalau maghi yang berbuih tu bau busuk..bila mandi tu memang gatal…”
Boleh dikatakan sebilangan daripada mereka terpaksa membeli pam dan penapis air sendiri supaya dapat menggunakan air bersih di rumah ataupun premis mereka.
Ini antara luahan mereka…
“Kita akan tarik melalui pam ini, kalau tak ada pam ini memang air tak akan maghi, kalau nak tengok nilai kebersihan air ni, tengok bola pelampung air ni.”
“Kalau nak guna untuk masak gapo, guna tangki ni..kalau tak ada penapis ni memang tak lalu nak minum..”
Malah ketika temubual berlangsung, dimaklumkan ada yang mengeluh kerana perlu membayar bil air seperti biasa sedangkan air tiada.
“Bila nak guno memang tiada air, bil sampa kena bayar, memang tak ade jangka masa lama..kalau ada kecik tubik, karat..”
“seghupo teh oh beng..kalau maghi yang berbuih tu, bau busuk..bila mandi tu memang gatal…”
“bil tiap bule sampai tapi air seminggu dua kali sampai”
“sehari ada air, tiga kali xdak…kalau xguna pam mmg air xdate, kadang-kadang taghik pun xde air..”
Menurut KEWA terdapat 5 sebab yang dipercayai merupakan faktor kenapa berlaku masalah air di Kelantan.
Korang boleh tengok video yang disediakan mereka dibawah ini untuk penjelasan lanjut :
Namun rakyat Kelantan boleh menarik nafas lega kerana baru-baru ini Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man ada menyatakan bahawa beliau yakin 95 peratus masalah bekalan air di kelantan dapat diselesaikan secara berperingkat-peringkat menjelang tahun 2030, lapor harakahdaily.
Malah kementeriannya akan memohon peruntukan sebanyak RM7 bilion menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi menyelesaikan isu air di negeri itu.
Mungkin ada masalah lain yang wujud menyebabkan isu ini berlaku. Semoga isu air di Kelantan dapat diselesaikan secepat mungkin supaya rakyat dapat menikmati bekalan air bersih untuk kegunaan seharian.
Baca : “Igtkan dkt Kelantan” ; Nama Tempat Unik, Ini Sejarah Kewujudan ‘Tanah Merah’ di Australia