Menang atau kalah memang adat dalam pertandingan, peserta haruslah menerima dengan hati terbuka, situasi inilah yang terjadi di TikTok Awards baru-baru ini apabila Che Sayang telah mengalahkan pesaing sengitnya iaitu Ryan Bakery dan Sofyank.
Pun begitu, Ryan dan Sofyank dilihat bersikap terbuka apabila Che Sayang dinobatkan sebagai pemenang Creator of The Year. Namun begitu, ada pula yang dilihat seperti nak jadi batu api dan sengaja mahu menjatuhkan Ryan Bakery.
Artikel berkaitan : “Pelakon tak boleh nangis depan kamera” – Janna Nick Bagi Lawak Sarkastik Masa Intro Bella Astillah Di TikTok Awards
Artikel berkaitan : “Benda ni dah meracuni pemikiran anak muda” – Ini Pesanan Khairul Aming Buat ‘Content Creator’
Ianya mula timbul apabila tularnya keratan video rakaman pada malam anugerah itu saat pengumuman untuk kategori Creator of The Year dan ada pihak menyunting video tersebut dengan memberikan satu bayangan seolah-olah Ryan Bakery begitu yakin bahawa dia akan menang.
Namun setelah nama Che Sayang diumumkan, pihak tersebut mendakwa kononnya Ryan Bakery buat-buat terkejut sambil mentertawakannya. Video tersebut tular dan ia membuatkan ramai netizen kurang senang dengan suntingan tersebut kerana mereka mendakwa bahawa ia sengaja mahu menjatuhkan Ryan Bakery.
“Busuk hati betul sampai buat video macam ni. Sanggup tu edit penat-penat cuma sebab nak menjatuhkan orang lain. Ryan Bakery tu rasanya tak pernah kacau orang lain. Dia buat hal dia je. Itupun orang dengki macam ni sekali.”
Busuk hati betul sampai buat video macam ni. Sanggup tu edit penat-penat cuma sebab nak menjatuhkan orang lain.
Ryan Bakery tu rasanya tak pernah kacau orang lain. Dia buat hal.dia je. Itupun orang dengki macam ni sekali.
Sengaja tak nak download video ada watermark. Nanti bagi… pic.twitter.com/TvvFRX88SV
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) August 14, 2024
Selain itu, ada juga yang menunjukkan gambar tangkap layar komen daripada Ryan Bakery sendiri apabila ada netizen lain bagi mesej yang lebih kurang sama.
Hurm, kalau orang tu kalah sekalipun sekurang-kurangnya tengok lah kedudukan dia di mana sekarang, kalau nak digunakan cara itu untuk menaikkan nama sendiri, tak berkat rezeki.
Sumber : X