Siapa je yang tak ingat dengan jajan nostalgia zaman sekolah seperti Tora, Ding Dang dan Jojo yang pasti akan menggamit kenangan kanak-kanak 90-an.
Namun, yang mengejutkan orang ramai adalah baru-baru ini telah tular sebuah ‘posting’ di laman sosial Twitter tentang sebuah kedai di Cheras yang menjual jajan dengan harga yang tak masuk akal.
Menerusi gambar yang dikongsi oleh Ainul, ‘posting’ itu menunjukkan gambar kotak-kotak jajan seperti Jojo, Ding Dang dan Tora yang dijual sebagai satu set dengan harga RM48.90.
Satu set RM48.90… gila ?
Aku hidup zaman Ding Dang tu dulu harga 60 sen je 1 kotak. pic.twitter.com/C6AdHLoLG9
— AJ ⋆.˚ ᡣ? (@AinulNunanaa) October 3, 2022
Menurut ciapan tersebut, dia memberitahu yang jajan tersebut di jual dengan harga yang cekik darah kerana pada zaman dia membesar sekotak Ding Dang hanya berharga 60 sen.
Tinjauan ke ruangan komen menunjukkan, rata-rata netizen terkejut dengan tetapan harga yang diletakkan oleh kedai tersebut.
Ada juga komen yang mengatakan bahawa harga itu telah melonjak naik kerana syarikat itu telah memberhentikan produk tersebut serta menjadikan produk tersebut ‘limited edition’.
Namun, ramai yang mengimbau kenangan ‘childhood’ mereka semasa jajan itu masih ‘popular’ dan senang untuk didapatkan.
Walaubagaimanapun, ada yang berkongsi sebuah gambar yang menjual jajan yang sama tetapi dengan harga yang lagi mahal, membuatkan netizen terkejut!
Jajan ni memang menggamit memori zaman kanak-kanak, admin pun rindu dengan jajan ni semua!
Baca : Ada Gelatin Babi Tapi ‘Tampal’ Logo Halal? JAKIM Perjelas Isu ‘Soft Candy’