in

Dua Bulan Selepas Pembedahan, Lelaki Pertama Terima Jantung Daripada Khinzir Meninggal Dunia

Untitled Design 2022 03 10T155742.907

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada awal tahun ini, seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) telah menjadi orang pertama di dunia yang menerima pemindahan jantung daripada khinzir yang diubah suai secara genetik.

Menurut doktor yang melakukan pembedahan tersebut di Pusat Perubatan Universiti Maryland, David Bennett yang berusia 57 tahun kelihatan sihat tiga hari selepas pembedahan eksperimental tersebut.


Pembedahan itu dijalankan pada 7 Januari tahun ini dan prosedur itu mengambil masa selama lapan jam, ia telah diberikan pengecualian khas oleh pengawal selia perubatan AS atas sebab Bennett berkemungkinan akan mati tanpa pembedahan itu.

Heart Transplant Surgery2

Jantung yang dipindahkan berfungsi dengan baik selama beberapa minggu tanpa sebarang tanda penolakan. David juga dapat meluangkan masa bersama keluarganya dan sempat melakukan terapi fizikal untuk membantunya lebih sihat.

Bagaimanapun, semalam pesakit yang mempunyai masalah jantung itu telah meninggal dunia dua bulan selepas pembedahan eksperimental tersebut.

Dalam laporan Pusat Perubatan Universiti Maryland, difahamkan David menunjukkan tahap kesihatan yang semakin merosot sejak beberapa hari lepas dan punca kematiannya juga tidak disahkan lagi.

“Selepas didapati dia (David) tidak akan sembuh, dia diberi penjagaan paliatif dengan penuh belas kasihan. Dia dapat berkomunikasi dengan keluarganya pada waktu terakhirnya,” dalam satu kenyataan doktor.

Selain itu, doktor yang mengendalikan pembedahan ini juga berkata dia sangat berterima kasih kepada David kerana telah membantu menyumbang dalam bidang xenotransplantation

Baca: Ratu Cantik Rusia Tak Boleh Tutup Mata Atau Senyum Lepas Buat Pembedahan Plastik

Untitled Design 2022 03 10T155559.209

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.