in

Dua Bintang Running Man, Jong Kook & Se Chan Positif Covid-19

fi rm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.

Tidak terkecuali, dua bintang variety show popular Korea Selatan (Running Man), Kim Jong Kook (KJK) dan Yang Se Chan juga telah dilaporkan positif wabak berkenaan.


Berita tersebut telah dilaporkan oleh agensi kedua-dua bintang ini semalam. Agensi Kim Jong Kook, Turbo JK Company telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bintang tersebut sah dijangkiti Covid-19 pada 10 Februari 2022 (semalam).

Kenyataan Turbo JK

soompi

Menurut kenyataan tersebut, KJK mengalami simptom gejala ringan iaitu demam biasa pada 9 Februari lepas. Jadi, dia dengan segera membuat ujian saringan kendiri dan mendapat keputusan positif. Semalam, dia telah menjalani ujian PCR dan disahkan posititif Covid-19.

Jong Kook yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19 itu dikatakan tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan yang teruk buat masa ini. Pihak agensi juga telah menghentikan semua jadual penggambarannya untuk memberinya tempoh pulih.

Di samping itu, pihak agensi Yang Se Chan (SM C&C) pula menyatakan bahawa bintangnya itu juga telah menerima keputusan positif bagi ujian PCR yang dibuat. Namun, dia juga telah menerima dos lengkap vaksin dan sehingga kini dia tidak mengalami simptom yang teruk.

Kenyataan SM C&C

Menurut SM C&C, Se Chan telah menjadi kontak rapat pesakit positif wabak tersebut dan telah membuat ujian PCR buat kali pertama. Namun, keputusannya ketika itu adalah negatif. Tetapi, setelah menjalani self-quarantine dan melakukan ujian PCR kali kedua, keputusannya bertukar positif.

Justeru, pihak agensinya telah mengesahkan bahawa Se Chan tidak akan terlibat dalam penggambaran Running Man pada 7 Februari lepas kerana menjalani self-quarantine.

Pihak produksi Running Man juga telah menyatakan bahawa tiada penggambaran akan dilakukan pada minggu hadapan, dan tiada staf yang positif dijangkiti Covid-19 buat masa ini.

Ketika ini, difahamkan Ji Suk Jin juga menerima keputusan positif bagi ujian kendiri tetapi masih menunggu keputusan rasmi ujian PCR. Manakala ahli Running Man yang lain; Yoo Jae Suk, HaHa, Jun So Min dan Song Ji Hyo pula negatif Covid-19.

Semoga semuanya diberi kesembuhan dengan segera!

Baca: Ahli Running Man Tersenyum Lebar Lihat Majlis Kahwin Kim Jong Kook Dan Song Ji Hyo

baca rm

Sumber: Soompi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.