in

Drama Projek: High Council Kena Tegur, Banyak Tunjuk Adegan Merokok Secara Keterlaluan

projek high council merokok

Nampaknya penangan drama bersiri Projek: High Council masih membekas walaupun sudah tamat. Jalan cerita drama yang mengangkat kisah zaman persekolahan ini berjaya menarik ramai penonton terutama golongan pelajar sekolah.

Walaupun drama ini dapat membuka mata masyarakat tentang permasalahan sebenar yang terjadi dalam kalangan pelajar terutama yang tinggal di asrama penuh, tetapi telah merunsingkan beberapa pihak mengenai beberapa adegan dalam drama tersebut.

Baru-baru ini, melalui akaun rasmi Facebook Public Health Malaysia (PHM), memuat naik sebuah hantaran menegur drama terbabit yang dikatakan memapar adegan merokok dalam kalangan pelajar secara terbuka dan keterlaluan.

PHM menerusi kenyataannya meluahkan kekesalan kerana terdapat beberapa adegan yang tidak bersesuaian dengan khalayak penonton.

Kata PHM, secara logik perbuatan segelintir pelajar yang merokok di sekolah berasrama dilakukan secara tersembunyi dan bukan secara terbuka seperti dalam drama tersebut.

“Adegan watak Kahar, Naim dan geng mereka merokok secara terbuka di dalam bilik asrama, sedangkan bau asap rokok yang kuat boleh dikesan warden asrama. Watak utama bernama Mia juga merupakan tokan rokok dan juga seorang perokok.

“Merokok semasa dating. Naim dan Mia merokok bersama semasa dating dan adegan ini berulang kali ditayangkan,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/Cp9bbz5OVgT/?utm_source=ig_web_copy_link

Selain itu, drama ini turut memaparkan adegan adik-beradik merokok di halaman rumah sedangkan tiada ibu bapa yang membenarkan anak bawah umur merokok.

“Ada babak guru yang menutup sebelah mata mengenai pelajar asrama merokok. Tiada guru atau warden yang akan membiarkan pelajar merokok secara berleluasa di sekolah mereka,” tegasnya.

PHM juga mempersoal adakah terdapat tangan ghaib yang meminta produksi memasukkan begitu banyak adegan merokok.

Susulan itu, pihaknya menggesa semua produksi filem dan drama menghentikan promosi perbuatan merokok kepada khalayak penonton.

Baca: Projek High Council Buat Ibu Bapa Risau Anak Kena Buli Di Asrama, Ini Jawapan Nadhir Nasar

ft nadhir high council