Penyanyi lagenda malaysia, Dato’ Jamal Abdillah mengumumkan beliau bakal menimang cahaya mata ketujuh dan anak kelima dengan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin.
Pasangan itu mengikat tali pernikahan pada 1 April 2017 dan dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani dan Rahil Laura Salsabila Yamani.
Anak ketujuh penyanyi yang diberi gelaran Raja Pop Malaysia itu dijangka akan dilahirkan awal tahun hadapan.
View this post on Instagram
Menerusi laporan Harian Metro, beliau berkongsi rasa syukurnya dan menganggap anak itu rezeki buatnya dan isteri.
Pelantun lagu Azura itu berkata dia tidak menafikan bahawa menimang cahaya mata di usia 65 tahun itu agak sukar namun beliau bersyukur kerana ada pembantu yang boleh membantunya dalam menguruskan anak-anak kecilnya.
“Memang ada pembantu di rumah jaga anak-anak. Dari masa ke semasa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam.
Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak ini. Azura dan Issac dah sekolah, jadi senanglah sikit,” katanya.
Dalam pada itu, Jamal berkongsi isterinya kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan mengandung yang teruk dan muntah-muntah.
“Kepada sahabat sahabat yang isteri alahan mengandung, hati-hati kalau lebih seminggu muntah dan tak makan.
Kalau diberi ubat tahan muntah, boleh menyebabkan serangan jantung. Sekarang di IJN, doakan kesembuhan untuk isteri saya,” katanya.
Beliau berkata, apabila mengandung, Zai Izzati mengalami alahan tidak makan, tidak minum dan muntah-muntah angin, isterinya itu dimasukkan ke hospital dan ditahan selama empat hari. Disebabkan itu, akhirnya isterinya itu terkena tiroid serta sakit tekak.
Kesihatan Zai Izzati bagaimanapun menunjukkan respon yang positif dan tidak lagi mengalami sakit di bahagian tiroid.
Sumber: Harian Metro