Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi, iaitu 6.3% untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah, membawa berita gembira kepada lebih 15 juta pencarum.
Memetik laporan Kosmo!, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata jumlah agihan bagi Simpanan Shariah mencecah RM10.19 bilion.
Sementara itu, Simpanan Konvensional merekodkan RM63.05 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan agihan pendapatan sebanyak RM73.24 bilion.
Artikel berkaitan: Caruman KWSP Suami Boleh Jadi Nafkah Bekas Isteri Untuk Pasangan Bercerai
Artikel berkaitan: Dividen KWSP Akan Diumumkan Awal Mac, Dijangka Lebih Baik Dari Tahun Sebelumnya
Sebagai perbandingan, kadar dividen KWSP pada tahun 2023 adalah 5.4% bagi Simpanan Shariah dan 5.5% untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan keseluruhan RM57.81 bilion.
Kadar dividen tertinggi dalam sejarah KWSP pernah dicatatkan pada 1983 hingga 1987 dengan 8.5%.
Pencarum pastinya menyambut baik pengumuman ini, yang mencerminkan prestasi kukuh KWSP dalam memastikan simpanan persaraan rakyat terus berkembang.