Seperti yang ramai sedia maklum, Gal Gadot yang terkenal dengan wataknya sebagai Wonder Woman berasal dari Israel dan dia telah menyatakan sokongan penuhnya terhadap negara tersebut.
Di kala ramai yang mengecam Gal Gadot, pelakon Raja Ilya telah menerima kritkan hebat netizen gara-gara meninggalkan komen ‘Stay safe’ di Instagram pelakon antarabangsa itu.
Artikel penuh: Komen Di IG Gal Gadot, Raja Ilya Kena ‘Serang’ Dengan Netizen Malaysia?
Artikel penuh: “Takut kena banned ke?” – Netizen Tak Setuju Alasan Influencer Kenapa Tak Kongsi Isu Palestin
“Komen saya hanya tanda prihatin sebab dia pelakon”
Susulan itu, Raja Ilya telah membuat penjelasan berhubung komen yang dimuat naiknya dengan mengatakan ia hanyalah sebagai tanda prihatinnya kepada pelakon lain.
Menurut Raja Ilya lagi, dia pada awalnya tidak mengetahui sebab dan sejak bila Gal Gadot dibenci di Malaysia kerana setiap filem yang dilakonkan Gal ditonton oleh semua orang hingga pecah panggung.
LAHHH DIA PUNYA PENJELASAN ???
Boleh dia cakap Gal Gadot bukan askar Israel? She is part of Israel Defence Force.
FULLSTOP.
Pening la dengar Raja Ilya ni terpusing-pusing. Pening kepala aku syamil. https://t.co/6FqB2q2RUo pic.twitter.com/nv39NO7SWx
— ?Arif E.? (@arfdy12) October 16, 2023
Ia hanyalah sebagai tanda prihatin, act of kindness sebab dia pelakon. Dia bukan askar Israel, bukan Perdana Menteri Israel, faham tak? Dia pelakon.
“Ilya tak tahu yang ramai benci dia. Sebabkan filem dia keluar kat Malaysia, semua orang tengok dan panggung itu penuh. Saya tak tahu bila orang benci dia,” katanya.
Jelas Raja Ilya lagi, tujuan dia meninggalkan komen itu adalah kerana kapsyen Gal Gadot yang menyebut berkenaan situasi di sana yang menakutkan kerana peperangan dan bukannya menyokong Israel.
Tambahnya lagi, ia sangat tidak masuk akal untuk mengecamnya hanya kerana komen berkenaan yang mana perkara ini juga dianggap agak keterlaluan.
Pun begitu, video penjelasan itu telah menerima pelbagai komen netizen yang mana ada di antaranya memperbetulkan kenyataan Raja Ilya dengan mengatakan Gal memang pernah menjadi anggota Israel Defense Force (IDF) selama dua tahun menerusi carian di Google.
One quick Google search and a browse through her social media says it all… ? pic.twitter.com/MKISkI30Pd
— Ceddy (@CeddyOrNot) October 16, 2023
Apa pendapat korang mengenai hal ini?
Sumber: X