in

“Dihempap batu, siling jadi tinggi” – Mimpi Pelik-pelik Ketika Demam? Mungkin Ini Sebabnya…

mimpi buruk demam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keadaan cuaca sekarang membuatkan ramai yang tidak berada dalam kesihatan yang baik, malah tidak dapat dinafikan juga penyakit seperti demam dan selsema lebih mudah berjangkit sejak kebelakangan ini.

Ramai yang memilih pendekatan untuk mengambil suplemen tambahan bagi mendapatkan kesihatan yang lebih baik.


Pun begitu, pernah tak korang mengalami mimpi buruk yang agak janggal seperti dihempap batu, siling rumah menjadi tinggi atau dikejar bayang-bayang sendiri ketika anda demam?

Public Health Malaysia (PHM) melalui Twitter menjelaskan mimpi-mimpi sebegitu dikatakan boleh berlaku apabila suhu badan meningkat.

“Individu yang mengalami mimpi demam biasanya menggambarkan ia sebagai pengalaman yang mengganggu dengan emosi, kuat, pelik dan menakutkan sehingga meracau dalam tidur.” tulisnya.

Menerusi thread tersebut, walaupun punca sebenar ia berlaku masih tidak diketahui namun terdapat beberapa hipotesis yang mungkin menjadi penyebab situasi tersebut.

“Salah satunya ialah suhu tinggi mungkin mengganggu proses kognitif normal otak. Semasa peringkat REM tidur di mana kebanyakan mimpi berlaku, badan mengalami kesukaran untuk mengawal suhu dalaman.

Maka peningkatan suhu badan membawa kepada mimpi yang tidak menyenangkan.” tulisnya lagi.

Di akhir thread tersebut, PHM juga menyatakan walaupun kemungkinan mimpi buruk itu tidak dapat dielakkan sepenuhnya namun merawat demam boleh membantu mengawal mimpi buruk tersebut.

Min ingat min sorang je pernah mimpi macam tu, rupanya itu perkara biasa…

Baca: “Kalau dia wujud, dia cantik sangat” – Wanita Dakwa Diri Kembar Ular Emas, Sering Bergurau Dalam Mimpi

Ft Kembar Ular Emas 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.