in

Didakwa Lesap Lepas Dapat RM55K Dana Awam, Keluarga Mangsa Kemalangan Tampil Beri Penjelasan

ft anak mangsa tampil bagi respon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, platform media sosial Twitter menjadi hangat apabila ada satu dakwaan yang mengenai seorang individu yang didakwa lesap setelah mendapat bantuan kewangan daripada orang awam. Disebabkan isu tersebut, bermacam-macam kecaman yang diterima individu itu daripada netizen.

Ianya bermula pada 18 Jun 2023 apabila seorang pemuda bernama Carliff Haikal memuat naik satu ciapan untuk memohon ihsan warganet mengenai sumbangan perbelanjaan hospital buat ahli keluarganya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 301.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan pada Sabtu lalu.


Kemalangan itu telah mengorbankan salah seorang adik-beradiknya, manakala ibu serta beberapa adik-beradik lain mengalami cedera parah apabila kereta yang dinaiki kesemua mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebelah kanan treler.

Tampil mohon maaf, jawab segala persoalan dan kecaman

Screenshot 2023 06 22 162626

Disebabkan itu, Carliff yang telah menerima sumbangan daripada orang awam sebanyak RM55,000 tampil menjawab segala kecaman dan dakwaan yang mengatakan dirinya ‘menghilang’ selepas menerima dana tersebut.

“Pertama sekali, saya memohon ampun kerana apa yang berlaku, saya mengakui bahawa saya alami keadaan kecemasan yang sangat teruk. Saya sedang mencuba menyelamatkan satu-satunya ibu saya dan keluarga.”

Dia menjelaskan bahawa sumbangan tersebut akan digunakan sepenuhnya bagi menampung kos rawatan ahli keluarganya dan dia turut berterima kasih kepada para penderma yang ikhlas membantu.

Dalam pada itu, Carliff juga menjawab persoalan netizen yang mempertikaikan tindakannya menghantar ibunya ke hospital swasta. Malah, berkenaan dengan sumbangan itu, Carliff memberitahu jumlah kutipan daripada orang ramai adalah RM25,000, manakala lebihan RM30,000 itu merupakan sumbangan oleh ibu saudaranya yang menetap di Texas, Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Carliff juga menyangkal dakwaan orang ramai yang mengatakan bahawa kesemua duit yang diderma oleh warganet itu digunakan adalah untuk kepentingan diri sendiri.

Jelasnya, setakat hari ini, sebanyak RM650 telah digunakan daripada wang sumbangan tersebut bagi tujuan membiayai kos rawatan adiknya yang berusia 10 tahun.

Kesiannya, tak apa mudah-mudahan ibu Carliff cepat sembuh dan akan ada rezeki yang mendatang buat Carliff yang menjaga ibu.

Baca : Tiba-Tiba Brek Hingga Cetus Kemalangan, Ini Modus Operandi ‘Scam’ Jalan Raya

scam jalan raya brek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.