in

“Dia menghilangkan diri” – Ayda Jebat Dah 3 Bulan ‘Lost Contact’ Dengan Adik Lepas Dilanda Kontroversi

Fyna Ayda Jebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ayda Jebat bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air, bakatnya dalam bidang nyanyian dan lakonan tidak dapat dinafikan kehebatannya.

Awal tahun ini, Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Binti Jebat telah menyertai sebuah rancangan realiti nyanyian Famili Duo bersama adiknya Fyna Jebat.


Dalam rancangan itu, duo adik beradik itu berjaya mendapat tempat kedua bagaimana pun kontroversi yang melanda adiknya, Fyna Jebat lebih menarik perhatian awam.

Fyna ketika rancangan itu memberitahu dia telah pun bernikah dengan legenda bola sepak terkenal, Zainal Abidin Hassan namun telah disahkan mereka telah bercerai selepas 4 bulan bernikah.

Menurut laporan sebuah portal hiburan, Ayda memberitahu dia sudah tiga bulan tidak berhubung dengan adiknya itu dan hanya mengandaikan dia sedang menenangkan diri memandangkan situasinya sekarang.

@f8buzz

@Ayda Jebat beri pencerahan tentang adiknya #fynajebat . Sentiasa sedia bantu adiknya jika diperlukan. #f8buzzhiburan #aydajebat #fynajebat #longervideos

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

“Sebenarnya kira-kira dua bulan lalu, dia memang ada menelefon saya, tapi ketika itu saya tidak sempat menjawab panggilannya sebab sibuk dengan penggambaran drama. Saya ada minta dia hubungi semula pada waktu malam, namun dia terus senyap sampai sekarang.

Saya pun kalau boleh tak mahulah masuk campur dalam kisah hubungan peribadi dia. Bagi saya, jika dari segi karier seni kalau nak suruh buat lagu ke atau berlakon, dia boleh datang kepada saya untuk bantuan,” katanya.

Ayda turut berkata itu adalah personaliti adiknya, dia hanya akan mencarinya jika benar-benar tertekan namun jika dia hanya berdiam diri bermakna dia dalam keadaan yang baik.

“Saya harap benda yang jadi ini terbaik untuk Fyna dan orang sekeliling yang turut terkesan dengannya terutama ibu saya.

Ditambah lagi, orang yang dia kahwini itu pun seseorang yang dikenali ramai kerana bekas suaminya seorang legenda. Dia (Zainal) mesti tahu bagaimana kawal keadaan,” katanya.

Harap Fyna okay-okay je…

Baca: “Jangan tanya saya” –  Ayda Jebat Enggan Ulas Isu Rumah Tangga Adik

Ft The Jebats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.