in

“Dia cakap aku derhaka” – Isteri Luah Suami Tak Bagi Pindah Ke PPS Dengan Anak Walaupun Air Dah Naik Paras Dada

Syaz Ft 2024 12 03T164914.928

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebahagian besar negara kita kini sedang berdepan dengan musibah banjir, banyak Pusat Penempatan Sementara (PPS) disediakan bagi memudahkan mereka yang terkesan.

Di aplikasi X, seorang wanita secara anonymous membuat luahan menerusi akaun @meinmokhtar di mana dia menghadapi masalah apabila didakwa suaminya berkeras untuk tidak ke PPS meskipun air sudah mencecah paras dada.


Artikel berkaitan: 3 Remaja Mangsa Banjir Pecah Masuk Pejabat Sekolah Jadi PPS, Wang Tunai RM 3,200 Lesap

Artikel berkaitan: “Sanggup asingkan barang” – Mangsa Banjir Di PPS Dakwa Tok Penghulu Catu Barang Bantuan Khairul Aming?

“Anak aku semalam tak boleh tidur sebab sejuk, lapar dan takut. Air tu dah kurang dari 10 anak tangga nak sampai tingkat atas.

Naik sikit lagi memang tak boleh guna elektrik suis operator dekat tingkat bawah.

Aku cakap dekat husband suruh tunggu sorang kalau nak sangat lepastu dia cakap aku derhaka,” luahnya.

Dalam ciapan seterusnya, wanita itu kemudiannya berkongsi dia sudah pun selamat berpindah ke PPS dengan anak-anaknya meskipun suaminya masih berkeras.

Wanita itu berkongsi suaminya itu marah ketika dia berada dalam bot penyelamat malah pihak bomba juga berkata dia bertindak agresif ketika diselamatkan.

Adoi, macam-macam hal…

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.