Ibu dan ayah merupakan orang tersayang buat kita semua. Merekalah yang menjaga kita dari kecil, mendidik dan menjadi peneman setia buat anak-anak.
Kehilangan mereka sudah pasti akan membuatkan kita terkesan. Bagi anak lelaki, ibu adalah cinta pertamanya yang sejati.
Tular di media sosial mengenai sebuah foto yang memaparkan seorang pemuda meluangkan masa di pusara ibunya.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Balik Tadika Terus Ziarah Kubur Bapa, Rupanya Selalu Tenung & Mengadu Dekat Gambar Arwah
Foto tersebut diambil oleh seorang individu yang berasa susah hati selepas lebih sebulan tidak nampak pemuda itu menziarahi pusara ibunya.
Katanya, kali terakhir melihat kelibat pemuda itu ketika dia tidur sebentar di tepi pusara ibunya selepas selesai membaca Surah Yasin.
“Selalunya kalau saya ke sini, pagi ke petang ke, dia ada datang ziarah kubur ibu dia. Kalau datang siap bawa air teh ikat tepi. Lama dia bersila tepi kubur ibu dia.”
Individu itu kemudian mahu mengejut pemuda terbabit apabila sudah hampir masuk waktu Maghrib namun anak-anaknya meminta untuk memberi ruang kepada pemuda berkenaan.
Ibu meninggal akibat kemalangan
Anak-anaknya memaklumkan bahawa pemuda itu kehilangan ibunya yang meninggal akibat kemalangan.
“Dia memang hari-hari ziarah kubur ibu dia yang meninggal sebab kena langgar. Ibunya penjual nasi lemak di Bangi.
“Rupanya masa saya dalam idah, anak-anak saya kan hari-hari ziarah kubur baba mereka, jadinya rider ni pun bertanya kot.
“Itu yang budak-budak ni tahu kisah dia. Ibu rider ni meninggal sebulan lebih selepas suami saya dikebumikan di situ.”
Mengulas lanjut, individu ini berharap pemuda tersebut dalam keadaan sihat dan mendoakan urusannya dipermudahkan.
“Nampak baik budaknya walaupun saya tidak pernah bersembang dengan dia. Cara dia santuni kubur ibunya pun, boleh tahu macam mana akhlak dia,” ujarnya.
“Tipulah tak menangis lepas scroll video dia”
Perkongsian hantaran itu nyata membuatkan orang ramai berasa sebak setelah mengetahui kisah pemuda tersebut.
Menerusi semakan Lobak Merah, pemuda ini banyak berkongsi hantaran berkaitan ibunya di akaun TikToknya.
@abdulazim0796 5 Month already since umi pergi.. and still counting now sampai berjumpa hereafter. #kehilanganumiuntukselamanya #hancurkehilanganumi #UmiWanitaYangTerbaik #anaklelakiumi #kehilanganumi #rinduUmi #umihebatku❤️ #SayangUmiSampaiSyurga #TungguAzimTauUmi #kehilanganorangtersayang #kehilanganmuberatbagiku #kehilanganumitercinta #alfatihahbuatmu #anaklelakiumiabi
♬ suara asli – Ⓜ️🅰️Ⓜ️🅰️H ny🅰️ℹ️🆕 – Ⓜ️🅰️Ⓜ️🅰️H ny🅰️ℹ️🆕 official
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar dia diberi ketabahan untuk mengharungi kehidupan tanpa kasih seorang ibu.
Salam takziah….
Sumber: TikTok