Menjadi figura awam seperti selebriti ini ternyata memang ada risiko sendiri, iaitu akan diintai oleh peminat yang begitu taasub sampaikan mengancam ketenteraman dan keselamatan seseorang artis itu.
Melihat pendedahan demi pendedahan daripada Uqasha Senrose dan Kamal Adli ini sudah semestinya membuatkan orang ramai terkejut dan rasa gerun. Tanpa diduga, rakan artis Chacha Maembong juga pernah alami situasi yang boleh dikatakan creepy itu.
Tahu tempat tinggal, siap panggil ‘sayang’.
Kata Chaca, kejadian ini berlaku kepada dirinya semasa berada di Kedah beberapa bulan lalu untuk menghadiri sebuah festival makanan. Dia menyedari dirinya diekori oleh seorang lelaki sehingga ke booth makanan jualannya, bahkan lelaki misteri itu tahu tempat dia menginap.
“Baru-baru ini ada terlibat dengan event di Kedah dan saya dikejar oleh seorang peminat yang tahapnya sampai dia ekori saya dan masuk booth jualan saya. Tapi saya tidak pernah kongsikan hal ini kepada sesiapa.”
“Saya rasa tidak selamat, sebab dia tahu saya duduk di mana ketika itu. Setiap kali masuk kereta dia akan ikut belakang kereta saya. Saya rasa diperhatikan lelaki tersebut, terus saya buat laporan polis. Masa di balai juga saya dapat tahu yang rupanya dia dah DM saya di Instagram sebelum ini,” kata Chaha kepada Gempak.
Malah, katanya lelaki tersebut merupakan suami orang dan dengan beraninya ajak Chacha kahwin, siap panggil dirinya ‘sayang’ dan mengatakan sudah mendapat keizinan.
“Dalam DM itu dia ajak saya kahwin, dia panggil saya dengan panggilan sayang. Malah dia beritahu isterinya sudah beri green lihht untuk berkahwin satu lagi.”
Jelas Chacha lagi, biarpun laporan polis telah dibuat, lelaki berkenaan tetap mengganggunya di booth festival makanan itu dengan.
“Saya ingat lepas buat laporan dah selesai, rupanya tidak. Apabila dia datang ke booth saya tetapi ketika itu di kawasan lain namun masih di negeri Kedah.”
“Sewaktu saya nak buka peti ais, dia datang pada saya dan cakap ‘hi sayang’, saya terkejut dan terus berbaring atas jalan raya. Mata saya menjadi gelap.”
Disebabkan perkara itu, Chacha mengalami anxiety ketika berada di Kedah, bagaimanapun pihak penganjur telah menghalau lelaki tersebut.
“Saya sampai diserang anxiety, badan saya mengigil sebab takut sangat. Dia datang kali kedia masa itu dengan sangat berani. Kemudia pihak penganjur halau dia keluar daripada kawasan berkenaan.”
Dengan beraninya juga lelaki tersebut mengatakan bahawa dia jatuh cinta dengan aktres itu.
“Abang ipar saya pernah tanya pada dia, kenapa dia bertindaj sedemikian pada saya. Dia jawab ini soal hati, kalau dah sayang nak buat macam mana. Saya rasa keadaan zaman sekarang betul-betul dah tak selamat.”
“Saya rasa semua orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga sebab kita tak tahu musuh dan orang jahat itu ada di mana-mana.”
Baca : “Lu salah orang” – Netizen Bongkar Rupanya IG Uqasha Banyak Komen Lelaki ‘Psycho’