Datang dengan niat mencari rezeki, namun nasib malang yang menimpanya.
Seorang warga Indonesia berusia 40-an ditemui maut kerana tersepit di dalam mesin pengisar kacang.
Ya Allah, teruknya…
Mangsa yang bekerja sebagai tukang masak ditemui di sebuah rumah di Taman Keramat pagi tadi, lapor Harian Metro
Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Shahrin Yusma Mat Yusof seramai 19 orang anggota bersama sebuah jentera dihantar ke tempat kejadian sejurus aduan diterima.
Kemalangan tersebut telah menyebabkan wanita tersebut cedera parah dan maut.
“Sebaik tiba, kita mendapati mangsa tersepit pada mata mesin pengisar itu.
“Anggota bertindak dengan membuka dan memisahkan mata mesin pengisar yang menembusi badan mangsa menggunakan pemotong hidraulik serta spanar,”
Kematian mangsa disahkan oleh pengawai perubatan di lokasi dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampang.
Mangsa kemuadiannya diserahkan kepada pihak polis.
Baca : [Video] Bapa Sibuk Main Phone, Biarkan Anak Berlari Dekat Escalator Sampai Tersepit