Baru-baru ini, peminat industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian Muhammad Aisy Al Raees iaitu anak bongsu pelakon, Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha yang juga bekas pemain bola sepak negara.
Anak bongsu pasangan itu, yang baru berusia enam bulan tidak mengalami sebarang sakit telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu.
Terkini, Zaquan Adha menerusi Instastory mengatakan bahawa dia mahu menjual meja snuker kerana setiap kali melihat meja snuker tersebut, dia akan teringat kepada arwah anak bongsunya itu.
Artikel Berkaitan: “Semoga anak syurga daddy hadir dalam mimpi” – Zaquan Adha
Artikel berkaitan: “Dia nak lari dengan kekasih gelap” – Suami Pembantu Rumah Ayu Raudhah & Zaquan Dedah Punca Isteri Larikan Diri?
Difahamkan, meja snuker itu merupakan tempat di mana dia dan Ayu Raudhah cuba sedaya upaya untuk memberi bantuan pernafasan atau CPR kepada Raees.
Ketika kejadian, mereka berdua mencuba untuk memberi CPR kepada anak mereka sementara menunggu ambulans sampai.
Selagi ada table ni saya akan sentiasa teringat saat-saat getir ketika cuba sedaya upaya untuk selamatkan Raees. Jika ada yang betul-betul berminat boleh DM saya,” tulisnya di Instagram Story.
Sama-sama kita doakan agar mereka sekeluarga tetap kuat dengan pemergian arwah bayi mereka.
Sumber: Instagram Zaqone_08