in

“Datang nak tengok aksesori Y15” – Ramai Tersentuh Selepas Lihat Pakcik Bisu & Pekak ‘Rancak Borak’ Bila Dilayan Dengan Baik!

bisu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang tahu, kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas mampu menyentuh hati ramai. Begitulah kisah seorang peniaga yang tular baru-baru ini selepas interaksinya dengan seorang pelanggan bisu dan pekak mendapat perhatian netizen di TikTok.

Menerusi hantaran yang dikongsi oleh faiz_superior, ramai yang tersentuh hati setelah melihat peniaga melayan pelanggan itu dengan penuh kesabaran dan hormat meskipun tidak fasih dalam bahasa isyarat.


Pada mulanya, pelanggan tersebut hanya memerhati dan tidak banyak berkomunikasi, menyebabkan ramai menyangka dia tidak berminat.

Namun, apabila didekati, rupa-rupanya dia mempunyai banyak soalan mengenai aksesori motosikal Y15 miliknya.

“Abang ni datang tengok je, bila yang lain tanya dia diam je. Aku datanglah sebab pelik, rupanya… Banyak benda yang abang ni nak tanya sebenarnya. Terus rancak kami borak!”

“Syukurlah aku faham dan boleh gunakan bahasa isyarat walaupun sikit,” katanya.

Artikel berkaitan: “Terima kasih orang baik” – Individu Hadiahkan Telefon Baru Kepada Mangsa Curi OKU

Artikel berkaitan: Hikmah Di Sebalik Kejadian, Lelaki OKU Tular & Keluarga Dapat Tajaan Pakej Umrah

@faiz_superior Abang ni busi pekak tapi bagi aku manusia semua sama 🥰 #viral #fypシ゚viral #pastifyp #fypdongggggggg #nakfyp #terpalingtrending #healing #mantapkalautakmantapbagitahu #review #bisu #pekak #manusiaistimewa #superior #superiorgarage #superiorhelmet ♬ original sound – officialnohsalleh

Hantaran ini bukan sahaja menyentuh hati ramai, malah mencetuskan perbincangan di ruangan komen.

Seorang pengguna menyuarakan pendapat bahawa bahasa isyarat sepatutnya menjadi subjek wajib di sekolah bagi memastikan komuniti bisu dan pekak tidak dipinggirkan.

“Sepatutnya bahasa isyarat diwajibkan di sekolah supaya mereka tak rasa terpinggir. Since UPSR & PMR dah dimansuhkan, kenapa tak tambah ini sebagai silibus baru? Sekurang-kurangnya kita cipta generasi yang lebih peka,” katanya.

Pendapat ini mendapat sokongan ramai, dengan rata-rata netizen bersetuju bahawa bahasa isyarat boleh membantu memupuk masyarakat yang lebih inklusif.

“Wujudkan silibus sign language di sekolah… Supaya semua orang boleh berkomunikasi tanpa batasan. Bayangkan kalau satu negara boleh guna bahasa isyarat, mesti amazing!”

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 149,000 tanda suka dan 1,530 komen, membuktikan bahawa isu ini benar-benar dekat di hati rakyat Malaysia.

Sumber: TikTok faiz_superior

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.