in

“Dari Dunia Baru ke awan biru…” – Netizen Teruja Tengok Wan Ellyas Kini Jadi Pramugara

Syaz Ft 2024 06 28T132126.033

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia Baru merupakan sebuah drama bersiri yang menjadi fenomena satu ketika dahulu sehinggakan ramai yang teruja untuk masuk universiti.


Drama itu menampilkan pelakon-pelakon ternama seperti Elyana, Pierre Andre dan Wan Ellyas, rancangan itu sangat popular sehingga mencapai 3 juta penonton.

Artikel berkaitan: 8 Siri TV Melayu Popular & Legend Yang Pernah Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia Sekitar Tahun 2000-an

Artikel berkaitan: Pramugara American Airlines Didakwa Rakam Remaja & Kanak-kanak Bawah Umur Dalam Tandas Kapal Terbang

Antara watak utama dalam drama itu ialah Tajul yang dimainkan oleh pelakon Wan Ellyas, karakter Tajul itu menjadi kegilaan wanita-wanita pada ketika itu.

Terbaru, pelakon Wan Ellyas dilihat kini bekerja sebagai seorang pramugara bagi syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines.

@nolynjoy

Abam dunia baru dah beralih ke awan biru😁 #umrahinsafftravel

♬ Dj Komang Perayaan Mati Rasa – DjKomangRimex

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @nolynjoy itu mendapat sambutan hangat dalam kalangan netizen dan rata-rata teruja melihat pelakon kegilaan zaman remaja itu masih kekal good looking.

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen rindu akan lakonan Wan Ellyas yang sudah lama tidak muncul di kaca tv.

1 13

Setakat artikel ini ditulis, video itu sudah pun mendapat lebih dari 140K tontonan serta lebih 300 komen.

Kenapa dah tak banyak drama bersiri macam Dunia Baru eh? Best kot!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.