Penyanyi Aizat Amdan kembali mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan pakaian ‘unik’ yang digayakan ketika membuat persembahan di sebuah konsert baru-baru ini.
Menerusi video tular di TikTok, penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dilihat menggayakan baju tanpa lengan berwarna biru dengan dipadankan seluar berona kelabu kilat.
Malah, penyanyi berusia 34 tahun itu turut dilihat mengenakan aksesori seakan bengkung di bahagian perutnya.
Artikel berkaitan: “Mesti wife masak sedap” – [VIDEO] Penampilan Berubah, Netizen Puji Aizat Amdan Nampak Makin ‘Happy’
Artikel berkaitan: “Cute gila!” – Aizat Amdan Hulur ‘Mic’ Dekat YDPA, Tak Sangka Tahu Lagu ‘Hanya Kau Yang Mampu’
@ariaputerakamal Aizattt Amdan !!!
Warna rambutnya yang berbeza serta kuku kelihatan berkilat membuatkan para netizen menyamakannya dengan penyanyi antarabangsa dari United Kingdom, Sam Smith.
Untuk pengetahuan korang, penyanyi yang menganggap dirinya non-binary (tidak mengakui gender lelaki atau perempuan) itu sering menggayakan pakaian seperti wanita.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tergamam dan pelik dengan gaya yang ditonjolkan Aizat.
Difahamkan, Aizat membuat persembahan itu ketika menjadi penyanyi undangan pada konsert penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia iaitu Yuna yang berlangsung malam tadi.
Terdahulu, Aizat pernah menjadi inspirasi ramai apabila berjaya melakukan transformasi badan dengan menurunkan berat badannya secara mendadak.
Sumber: TikTok