Selain kucing dan arnab, ada banyak lagi spesies haiwan yang comel di dunia ni kan. Warnanya pun banyak yang colourful secara semula jadi, so memang rasa nak peluk je macam anak patung.
Baru-baru ini pula, ada trend haiwan terbaru iaitu axolotls berwarna-warni yang digemari oleh ramai kanak-kanak disebabkan warnanya yang bermacam jenis.
Difahamkan, trend ini sedang popular di Thailand namun persatuan pertubuhan haiwan di sana telah menggesa orang ramai untuk tidak membeli axolotls kerana ia akan mati dalam tempoh seminggu.
https://www.facebook.com/axolotlvilleth/photos/pcb.405568998134776/405567634801579
Menurut The Thaiger, axolotls merupakan spesies haiwan salamander yang menjadi popular dalam kalangan orang muda dan kanak-kanak Thailand menerusi permainan video Minecraft.
Kini, haiwan tersebut boleh dibeli di kebanyakan pasar seperti pasar Chatuchak di Bangkok.
Namun, apa yang membimbangkan ialah haiwan itu telah ditukar warnanya kepada warna-warni seperti kuning, merah jambu, biru dan hijau dengan menggunakan bahan kimia.
Bahan kimia yang digunakan untuk menukar warna itulah yang menyebabkan haiwan ini bakal mati dalam tempoh seminggu.
Jika axolotls ini dibiarkan hidup dalam habitat asal mereka tanpa penggunaan bahan kimia warna-warni tadi, spesies ini boleh hidup sekitar 10-15 tahun.
Selain itu, kini hanya sekitar 50-1000 axolotl sahaja dianggarkan masih ada di habitat asal dan mereka mungkin diancam kepupusan jika aktiviti penjualan salamander berwarna-warni ini masih diteruskan.
Walaupun kat Malaysia takde benda ni, tapi kita pun kena beringat jugak,elakkan lah daripda beli haiwan yang dah ditukar sifat semula jadinya.
Sumber: The Thaiger, Facebook Axolotl TH