in

CNN Senaraikan ‘Merdeka 118’ Sebagai Bangunan Yang Bakal Mengubah Dunia Tahun 2023

merdeka 118

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun 2022 bakal berakhir dan ianya juga merupakan tahun yang agak gemilang dalam industri seni bina, daripada pencakar langit “kitar semula” pertama di dunia yang memenangi World Building of the Year kepada Francis Kéré arkitek kelahiran Burkina Faso yang menjadi arkitek Afrika pertama memenangi Hadiah Pritzker yang sangat diidamkan.

Situasi agak mencabar apabila banyak projek pembinaan mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan, kelewatan yang disebabkan oleh Covid-19 masih dirasai. Namun, 2023 menjanjikan tahun pembukaan baharu yang luar biasa, seperti menara kedua tertinggi di dunia atau kompleks agama untuk pelbagai agama di Abu Dhabi.


Berikut merupakan senarai bangunan atau mercu tanda yang disebutkan oleh CNN sebagai bangunan yang bakal mengubah dunia pada tahun 2023.

306276387 612631007005669 1063848444525005231 n

#1. Nordø, Copenhagen, Denmark

Copenhagen telah diwartakan sebagai Ibu Kota Seni Bina Dunia UNESCO untuk tahun 2023, dan ibu kota Denmark itu penuh dengan contoh reka bentuk yang mampan.

Redmolen Site 02 Luft NordOest 200626 fin 003 1280x1600 1

Salah satunya adalah binaan firma seni bina Henning Larsen iaitu Nordo yang dihiasi dengan bata merah sebagai simbolik bagi memperingati asal usul kawasan berkenaan sebagai kawasan perindustrian.

Menariknya, pembangunan 115 rumah tersebut turut menjanjikan penduduk sebuah “oasis pulau” dengan akses mudah ke pelbagai kemudahan seperti pelbagai rangkaian restoran dan ruang awam.

#2.Lola Mora Cultural Center, San Salvador de Jujuy, Argentina

Perspective Aerial NE Blur 40

Walaupun mendiang Cesar Pelli cukup dikenali sebagai arkitek yang terlibat dalam rekaan Bangunan Berkembar Petronas dan juga Bangunan Kewangan New York, projek terbaharu firmanya yang dimulakan sejak 2018 ini bakal mengubah lanskap industri berkenaan tahun hadapan.

Terletak di dalam hutan yang menghadap ke bandar San Salvador de Jujuy, barat laut Argentina, Pusat Kebudayaan Lola Mora didedikasikan untuk pengukir terkenal tersebut, salah seorang artis wanita perintis awal abad ke-20. Sebagai tambahan kepada pilihan karya beliau, institusi itu akan menempatkan pusat tafsiran, restoran, perpustakaan dan atelier untuk para artis.

Lebih menarik, dengan bantuan turbin angin di tapak berkenaan serta pengeluaran tenaga solar, pusat itu dijangka menjana 20% lebih tenaga daripada yang digunakan.

#3. Abrahamic Family House, Abu Dhabi, UAE

Screenshot 3

Lebih 80% daripada penduduk Emiriyah Arab Bersatu (UAE) adalah beragama Islam, tetapi kompeks yang dibina bagi kegunaan pelbagai agama ini amat unik kerana ia bakal menjadi kegunaan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan juga Yahudi.

Dibina berasaskan bentuk segi empat bersaiz serupa di astaka pelawat “sekular”, ia akan menempatkan masjid, rumah ibadat dan gereja berdiri dalam satu bangunan yang sama.

Menurut firma arkitek Ghana-British David Adjaye, Adjaye Associates, berkata ia melihat kepada persamaan agama dalam reka bentuknya, walaupun setiap tiga bangunan utama mempunyai orientasi berbeza di kawasan berkenaan.

#4. Merdeka 118, Kuala Lumpur, Malaysia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Merdeka 118 (@merdeka118)

Dengan ketinggian 2,227 kaki di atas paras laut, Merdeka 118 merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai yang juga merupakan salah satu daripada empat bangunan di dunia yang mendapat gelaran ‘mega tall skyscrapers’ – terma yang digunakan untuk merujuk kepada bangunan yang dibina melebihi 600 meter.

Jika dilihat dari segi rekaannya, Merdeka 118 sebenarnya diilhamkan daripada perbuatan Tunku Abdul Rahman yang mengangkat tangannya bagi melaungkan merdeka di Stadium Merdeka pada tahun 1957.

Firma seni bina Australia di sebalik projek itu, Fender Katsalidis, sementara itu berkata satah kaca segi tiga pada bangunan itu diilhamkan daripada corak yang terdapat dalam seni dan kraf Malaysia dan menara ini dijangka siap pada separuh kedua tahun 2023.

#5. Kempegowda International Airport, Bengaluru, India

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BLR Airport (@blrairport)

Bandar ketiga terpadat di India, Bengaluru bakal menerima pengembangan lapangan terbang yang telah lama tergendala, dengan Terminal 2 Kempegowda International seluas 2.7 juta kaki persegi itu akan mula beroperasi awal tahun depan.

Secara tidak langsung, projek itu akan meningkatkan kapasiti pelawat tahunan lapangan terbang itu dengan anggaran 25 juta dan meningkat kepada 40 juta selepas selesai fasa kedua.

Dari segi binaan, firma Skidmore, Owings & Merrill mengambil ilham daripada Lapangan Terbang Changi, Singapura yang turut mengetengahkan konsep alam semulajadi selain ianya akan disambungkan dengan ruangan lanskap yang akan dihiasi dengan pelbagai tumbuhan seperti buluh, rotan dan juga air terjun buatan.

#6. Grand Egyptian Museum, Giza, Egypt

Grand Egyptian Museum 3

Menelan kos lebih $1 bilion dan menempatkan beberapa objek paling berharga dalam sejarah manusia, Grand Egyptian Museum yang telah lama ditunggu-tunggu telah berdepan dengan masalah kelewatan sejak pertandingan reka bentuk diumumkan pada tahun 2002.

Pun begitu, Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir dilaporkan tidak memberikan sebarang jawapan tentang tarikh sebenar pembukaan muzium berkenaan kepada orang awam.

Direka oleh Heneghan Peng Architects yang berpangkalan di Dublin, struktur seluas 5.2 juta kaki persegi ini menampilkan ruang pameran, pusat pemuliharaan dan atrium yang cukup tinggi untuk menempatkan patung Ramses II yang sangat besar.

Bentuk segi tiga mendominasi rekaan ‘muka hadapan’ muzium berkenaan, motif yang sangat sinonim dan boleh didapati di binaan piramid di Giza.

Baca : “Mana security?” – Pasangan Russia Bergambar Di Puncak Merdeka 118 Cetus Tanda Tanya Netizen

pasangan rusia panjat merdeka 118

Sumber: WikiMedia
Sumber: Facebook
Sumber: Nordoe
Sumber: Balmori
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.