in

Cikgu Maki Murid Bod*h, Disuruh Duduk Dekat Tong Sampah Gara-gara Tak Pandai Cakap BM

ft cikgu hina

Satu klip audio yang dikatakan daripada seorang guru wanita dari sebuah sekolah menengah di Perak telah tular kerana dia didakwa menghina seorang pelajar.

Menurut China Press, guru itu marah dengan pelajar tersebut dan memanggilnya “bodoh” kerana tidak tahu berbahasa Melayu.

Artikel berkaitan : Guru Denda Suruh Ketuk Ketampi 30 Kali, Kecederaan Lutut Murid Tahun 5 Ini Didakwa Jadi Makin Teruk

Artikel berkaitan : Guru Tuisyen Ditemui Maut Di Sebuah Rumah Kedai

Bahkan pelajar itu diarah untuk duduk di sebelah tong sampah yang menyebabkan ibu bapa pelajar itu kecewa.

Dalam klip audio perbualan antara guru dan seorang wakil lelaki yang dipercayai wakil mangsa, guru itu mempertahankan dirinya dengan mengatakan ibu bapa pelajar itu sendiri tidak tahu berbahasa Melayu.

“Jika mereka tidak boleh berbahasa Melayu, mereka boleh pulang ke China.”

Ditanya sama ada dia benar-benar menghina pelajar itu untuk pengesahan, dia tidak menafikannya.

“Ini bukan kali pertama saya berkata seperti itu, dan bukan saya seorang sahaja yang berbuat demikian. Tambahan pula, kami tidak pernah mendapat sebarang aduan sebelum ini,” tambahnya.

Ketika dia ditegur oleh wakil mangsa bahawa rakyat Malaysia harus menghormati antara satu sama lain dan menegaskan bahawa tindakannya itu boleh dilihat sebagai diskriminasi kaum, guru itu menempelak semula wakil mangsa dengan mengatakan yang dia tidak sepatutnya menghubunginya dan mengganggunya semasa dia sedang cuti sakit.

Dia menegaskan bahawa aduan harus melalui sekolah kerana dia sedang berehat. Selain itu, dia juga mengugut wakil itu, dengan menyebut suaminya seorang pegawai polis dan dia boleh mengesan identitinya.

“Saya boleh melaporkan perkara ini kepada Biro Pendidikan atau Kementerian Pendidikan, dan saya juga boleh mencari nombor awak melalui cara lain sebab suami saya polis.”

Menurut sumber, pihak sekolah telah melaporkan kejadian itu kepada pejabat pendidikan daerah dan kini menunggu arahan lanjut untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : WORLD OF BUZZ, China Press